Penyanyi dangdut lagu Goyang Inul baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila dia mendedahkan mempunyai 12 pembantu rumah.
Malah, sebahagian daripada mereka enggan berkahwin semata-mata enggan keluar dari rumah Inul Daratista. "Pembantu saya ada 12 orang dan ada yang sudah 20 tahun bekerja. "Sampai ada yang tidak mahu nikah hingga tua, mahu mengabdi. Semuanya belum mahu keluar," tulis Inul menjawab komen peminat yang mahu menjadi pembantu rumahnya seperti dipetik LIPUTAN6.
Dalam masa sama, Inul turut mengingatkan agar semua orang sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) dalam keadaan pandemik Covid-19 ini. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT