Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin(KJ) memberikan penjelasan selepas pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikatakan salah menterjemah perkataan ‘air kosong’ kepada ’empty water’ menerusi laman Facebook rasmi KKM.
Menerusi Insta Stories, KJ mengakui penggunaan perkataan bahasa Inggeris agak teruk di beberapa laman web kerajaan. “Ramai orang menghantar saya ini. Yang menunjukkan KKM menterjemah ‘air kosong’ kepada empty water’. Saya akui bahasa Inggeris di beberapa laman web kerajaan adalah teruk," dedah KJ Namun begitu, KJ menjelaskan ada pihak yang menggunakan ciri terjemahan di laman Facebook dan ditularkan bagi tujuan memalukan pihak KKM.
“Tetapi dalam kes ini, seseorang telah menggunakan ciri terjemahan di FB yang menghasilkan terjemahan literal ‘air kosong’. Itu kemudiannya teah digunakan untuk memalukan KKM," jelas KJ lagi. Di akhir penjelasannya, KJ memberi peringatan kepada orang ramai untuk berfikir terlebih dahulu sebelum berkongsi perkara seumpama itu. Malah, beliau sempat berseloroh orang ramai boleh mencabarnya dalam permainan ‘spelling bee’. -CARI Sumber: Murai.my
|
cutieslilies replied at 5-1-2022 01:51 PM
ni mmg bodoh yahamat.... yg pelik ramai pulak hentam kkm.. mmg baru pandai tgk FB ker? terang2 situ ...
musangbodoh replied at 6-1-2022 03:53 AM
kj pun sibuk melayan...ke kurang keje
ADVERTISEMENT