Seorang lelaki memaparkan wajahnya pada sebuah papan iklan gergasi di Birmingham, United Kingdom dalam usaha mencari calon isteri.
Menurut laporan Metro UK, lelaki berusia 29 tahun itu, Mohammad Malik merupakan perunding inovasi dan usahawan. Dia berkongsi gambarnya di papan iklan gergasi di Jalan Golden Hillock, Hockley Circus melalui A34 berhampiran Trek Greyhound Perry Barr. Papan iklan itu tertera dengan ungkapan: 'Selamatkan saya daripada perkahwinan yang diatur'.
Dia turut menubuhkan sebuah laman web bernama findmalikawife.com, yang berkongsi butiran mengenai misinya mencari cinta. "Saya perlu dapatkan papan iklan gergasi untuk kelihatan," kata Mohammad. Jelasnya, calon ideal untuk menjadi teman hidupnya mestilah wanita Islam berusia 20an dan menjadi insan yang lebih baik. Mohammad, yang menggambarkan dirinya sebagai kurus dengan ketinggian 5 kaki 8 inci berasal dari London, tetapi melihat Birmingham sebagai 'rumah kedua'nya. "Saya seorang yang kreatif, suka melakukan perkara yang spontan dan tidak masuk akal tetapi tentunya 100 peratus halal. "Kaedah tradisional tidak berkesan untuk saya, jadi saya fikir mengapa tidak bawa ke papan iklan gergasi," katanya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT