Petaling Jaya – Kerajaan diminta menyelaraskan caj tadika berdasarkan kos, prasarana, kecekapan dan keupayaan sesebuah tadika bagi memastikan pendidikan adalah adil untuk semua kanak-kanak.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, caj berbeza-beza ketika ini menyebabkan ada tadika mengenakan kadar yang terlalu tinggi. “Kita juga berharap agar semua tadika diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) supaya penyelarasan dan pemantauan dapat dilakukan. “Mungkin juga kita boleh gredkan tadika-tadika yang ada supaya rakyat tidak dikelirukan dengan caj yang dikenakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Dalam pada itu, Mohamad Ali mencadangkan supaya tadika di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) diperkasakan dan dijenamakan sebagai Tadika Nasional. Jelas beliau, dengan cara itu ibu bapa lebih yakin anak-anak mereka akan mendapat pendidikan yang setanding tadika swasta walaupun caj atau yuran dikenakan adalah rendah. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, perlu ada garis panduan berhubung caj yang boleh dikenakan oleh tadika. Menurut beliau, garis panduan itu perlu dipatuhi oleh setiap tadika dalam mengenakan caj terhadap ibu bapa atau penjaga supaya tiada pihak boleh mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan. “Jika tidak, tadika boleh kenakan caj sesuka hati dan mungkin perlu ada satu badan diwujudkan antara kementerian-kementerian terlibat untuk mengkoordinasi hal tadika,” katanya. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad pula berpandangan, sudah tiba masa kerajaan masuk campur dan menyusun agenda yang menyeluruh mengenai aspek pendidikan prasekolah. Kata beliau, tadika swasta perlu dilatih sebagai operator prasekolah yang sebahagian kos operasinya dibiayai oleh kerajaan. -CARI Sumber: Kosmo
|
naina replied at 5-1-2022 04:59 AM
Mohon bina banyak lagi tadika kemas
Ramai orang miskin bandar tak mampu tapi terpaksa hantar swasta ...
naina replied at 5-1-2022 12:59 PM
Mohon bina banyak lagi tadika kemas
Ramai orang miskin bandar tak mampu tapi terpaksa hantar swasta ...
Suchi replied at 5-1-2022 05:44 AM
Lerr bukan org tanak hantar tadika kemas tapi tadika tu tak byk terutama kat kat kwasan bandar.
Kat ...
Suchi replied at 5-1-2022 01:53 PM
Betul tu tadika kemas/perpaduan ni sgt la sikit. Kat taman iols takde tadika kemas tp ada tadika p ...
TabletSusu replied at 5-1-2022 01:54 PM
kat area rumah aku ada preschool kat dalam sekolah kebangsaan. tu tadika kemas ke? kiranya x semua ...
naina replied at 5-1-2022 01:57 PM
Tadika kemas dengan tadika perpaduan tu tak sama ke? Pasti pun ok diperbanyakkan. Plus pasti ada d ...
krustykrab replied at 5-1-2022 02:00 PM
Dah tu kalau buat tadika kemas byk2...owner tadika swasta sapa nak join? Nenek2? Atuk2?
Dah la ekono ...
naina replied at 5-1-2022 12:59 PM
Mohon bina banyak lagi tadika kemas
Ramai orang miskin bandar tak mampu tapi terpaksa hantar swasta ...
pekanwoohoo replied at 5-1-2022 02:18 PM
Sebagai hasil didikan tadika kemas, saya sokong kalau tadika kemas ni diperbanyakkan lagi. Mahal apa ...
ADVERTISEMENT