CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kos Mechanical Engineering Tapi Intern Jadi Cleaner, Pensyarah Pun Suruh Hadap Je'

5-1-2022 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3639| Komen: 15

Perkara lazim bagi pelajar universiti atau kolej menjalani latihan industri dalam masa ditetapkan institusi masing-masing sebelum graduasi sebagai persediaan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan.


Walaupun hanya bergelar sebagai pelajar latihan industri, kehadiran mereka sangat dialu-alukan. 


Kredit foto: TikTok

Malah, ada yang turut menerima elaun jika syarikat berkenaan ada menyediakan peruntukan.

Menerusi perkongsian seorang pelajar dikenali sebagai Haikal di TikTok, dia mendakwa perlu menjadi tukang cuci (cleaner) ketika tempoh menjalani praktikal di sebuah syarikat walaupun mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal.



Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini menceritakan dia menerima elaun sebanyak RM300 bagi sebulan dan telahpun menceritakan nasib yang diterima mereka kepada pensyarahnya.

Video yang dikongsi dapat dilihat dia dan rakan-rakannya berada di hadapan deretan tong sampah yang dikatakan berbau busuk.



Kredit foto: TikTok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat berkongsi pengalaman mereka ketika menjalani tempoh praktikal dan kebanyakan mereka ditugaskan kerja luar daripada bidang asal.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayriff 5-1-2022 03:48 PM
Sad reality. Nanti ada achik2 ngan pakcik2 bawang cakap dulu diorang kena lagi teruk. So dia nak sampai bila2 intern/graduates kena hadap benda ni, kalau x dikata lembik.
Quote kucingitam 5-1-2022 04:14 PM
Edited by kucingitam at 5-1-2022 04:52 PM

nasib kau lah..
Quote prettyuglybabe 5-1-2022 05:19 PM
takat amik video macam tu pastu viral..
orang pun percaya bebudak tiktok ni..
Quote Cik_jantung 5-1-2022 10:18 PM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:39 AM

...........
Quote hyie 5-1-2022 11:31 PM
iols agak ni kerja sampingan kat situ. Biasalah bebudak belum ada pengalaman kerja, sebab diorang jangka akan duduk bawah aircond sambil feeling depan komputer konon buat kerja namun tak seberapa nama pun budak2 nyeh. Bagi diorang benda ni adalah satu penghinaan sebegitulah. Ada pro n cons juga.
Quote musangbodoh 6-1-2022 02:01 AM
Cik_jantung replied at 5-1-2022 10:18 PM
Kos??... Boleh tak menulis tu proper sikit.

asal sebutan sama ajer...katenya budak mechy...
Quote pakderis 6-1-2022 01:02 PM
Inilah hakikatnya untuk semua graduan course selain perubatan. Tapi yang dapat LI dlm bidang mereka berbayar, jawatan kontrak lagi kuat bunyi dan merungut tak bersyukur.
Quote lineagerqq 26-3-2022 06:45 PM
Everyone knows that students have a very difficult life. Constantly no time, not enough money, I always wanted to help them. Now I work at https://onlinefreelancejobs.net/mechanical-engineering-job/ and I’m satisfied with everything. As I want to help students with their papers on mechanical engineering.
Quote otai_g 27-3-2022 06:02 AM
Pilihan di tgn ko. Bkn cmpny tu paksa pun ko keje situ.

Cam aku post diector tp keje rutin lap2 habuk dkt komputer jer ????
Quote Supersirap 27-3-2022 08:36 AM
Dahulu tahun awal 2000 intern tempat kawan cuma terima rm10 sehari bekerja
Quote Zack8hunter 28-3-2022 01:03 AM
Zaman aku intern 16 thn lps pun dpt RM500 sebulan.. zaman skrg ni still sama jer ratenya tak naik2.. kesian gak bdk2 ni
Quote sarahmirza 29-3-2022 01:24 AM
Kat office i ada intern mengadu kt lecturer dia tak diletakkan di top management level...
Intern nak keje kat office P/CEO nak belajar apa? Taip surat?
Quote sarahmirza 29-3-2022 01:27 AM
Zack8hunter replied at 28-3-2022 01:03 AM
Zaman aku intern 16 thn lps pun dpt RM500 sebulan.. zaman skrg ni still sama jer ratenya tak naik2.. ...

zaman i dpt elaun rm150 je kat kilang sharp...
Lepas tu kena extend 2 weeks lagi sbb kilang tutup 2 weeks operator mat & minah budu & ikang nak raya haji lama2
Quote faraway1 29-3-2022 09:02 AM
Kerja sampingan ke intern.
Kat tempat kerja me ada budak kerja cleaner part time, tapi dia masih belajar law.

So kira nanti bila jadi lawyer, resume tulis part time cleaner, tapi ovc normal sangat benda benda camni..

Budak u buat kerja part time cari duit belajar.
Quote esbok 29-3-2022 09:50 AM
Buat system simple. Selebihnya, kene susun file dalam stor berhabuk. Tpi ok juga, zaman puasa, senang aku makan time cuti pose. #KitaEnjoyy

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.272154 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top