CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Tak Layan Sampai 'Kebulur', Penduduk Tukar Nitendo Dengan Mi Segera

5-1-2022 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1462| Komen: 0

Penduduk tempatan menukar konsol permainan video Nintendo bernilai AS$350 (RM1,467) dengan mi segera semasa perintah berkurung Covid-19 paling ketat di dunia dilaksanakan di China, lapor akhbar New York Post.


Pihak berkuasa negara itu melarang 13 juta penduduk bandar Xi’an daripada keluar rumah walaupun mereka mempunyai alasan penting sebagai usaha mengawal penularan varian Omicron.

Penduduk yang ‘dikurung’ sejak 23 Disember tahun lalu dilaporkan merayu makanan di media sosial berikutan dasar keras ‘sifar Covid-19’ yang dilaksanakan menyaksikan hukuman ‘kejam’ ke atas mereka yang melanggar perintah kuarantin.


Kredit foto: newyorklatestnews


Bagaimanapun, hantaran di platform media sosial tempatan, Weibo mendakwa bahawa penduduk tempatan melakukan sistem barter dengan menukarkan rokok dan gajet mahal untuk mendapatkan barangan runcit terutamanya makanan.

Beberapa rakaman yang dikongsi menunjukkan sesetengah penduduk menukar rokok dengan kubis, cecair pencuci pinggan untuk epal, manakala konsol permainan video Nintendo Switch ditukarkan dengan  mi segera dan dan roti kukus.

Walaupun kakitangan pemerintah menghantar bekalan kepada penduduk yang terkurung,  ramai yang melaporkan bahawa mereka masih belum menerimanya.

Pendekatan toleransi sifar Covid-19 di China dilaporkan menyaksikan pihak berkuasa menyerbu berpuluh-puluh rumah pada waktu tengah malam dan memaksa orang ramai menaiki bas ke kem kuarantin.

Ia berlaku ketika 1.2 juta lagi orang di bandar Yuzhou,  tengah China dikurung selepas tiga kes Covid-19 tanpa gejala direkodkan.

Langkah-langkah yang dikenakan adalah sama seperti di Xi’an dengan pihak berkuasa mengawasi kenderaan di jalan raya, manakala mereka yang melanggar perintah berkurung Covid-19 berdepan penahanan selama sepuluh hari dan denda berjumlah 500 yuan (RM329).

Biarpun mengenakan langkah yang ‘kejam’ itu, China masih merekodkan jumlah kes Covid-19 yang tinggi. 


Sumber: Kosmo



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.024879 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top