Banjir tidak menghalang dua pasang pengantin ini meraikan hari bahagia mereka. Tetap tersenyum bahagia meranduk banjir demi melangsungkan majlis perkahwinan.
Pun begitu, tindakan mereka mendapat kecaman selepas video peristiwa bersejarah itu tular. Masakan tidak, ramai yang risaukan nasib busana pengantin disarung mereka, apatah lagi butik tempat persalinan itu disewa. Pun begitu, salah seorang pengantin, Nor Hanani Ghapar atau Nanie menjelaskan mereka sudah mendapatkan keizinan daripadap pemilik butik pengantin terlebih dahulu sebelum sesi fotografi.
Menurut mStar, majlis itu dilangsungkan di Kampung Pengkalan di Alor Gajah, Melaka membabitkan suaminya, Jovi Darwitafmel, 27, dan adik lelaki Nanie, Muhammad Lizam Ghapar, 21, serta isteri, Norazwani Redzuan, 23. Akuinya, kos keseluruhan kesemua busana disewa hampir RM2,000 dan sesi fotografi itu tidak mencacatkan busana mereka dengan kesan lumpur melainkan hanya basah. "Bagi kami, ini adalah rezeki apabila kami dapat butik pengantin yang memahami dan sporting. Lepas sesi fotografi, kami tukar baju dan mak andam hantar baju ke kedai dobi," katanya kepada mStar Nasib baiklah dapat pemilik butik yang sporting. - CARI
|
ADVERTISEMENT