CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Viral- Maki Hamun Penguatkuasa, Tak Puas Hati Kena Kompaun Sebab Letak Motor Di Parkir OKU

6-1-2022 07:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 859| Komen: 1

Kuala Selangor: Maki hamun anggota penguatkuasa selain sengaja menggertak berulang kali. Itu tindakan biadap seorang lelaki yang tidak berpuas hati selepas dikenakan kompaun oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).


Difahamkan lelaki terbabit melakukan kesalahan meletakkan motosikal di petak parkir untuk Orang Kurang Upaya (OKU).

MPKS dalam kenyataannya tadi melahirkan rasa kesal dengan tindakan biadab seorang lelaki yang melakukan provokasi dan ancaman kepada anggota penguatkuasanya dalam kejadian di Saujana Utama di sini.




Setiausaha MPKS, Yusli Askandar berkata, kejadian itu berlaku pada jam 9.45 pagi ketika anggota penguat kuasa terbabit sedang menjalankan tugas pemantauan kupon parkir.


"Secara tiba-tiba individu terbabit menghampiri penguatkuasa MPKS dan mengeluarkan kata-kata kesat dan ancaman.

"Dia tidak berpuas hati kerana dikenakan kompaun atas kesalahan meletakkan motosikal di petak parkir OKU," katanya.



Yusli berkata, susulan kejadian itu anggota penguatkuasa terbabit membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama pada jam 9.49 pagi semalam.

Menurutnya, MPKS turut merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada anggota itu yang menjalankan tugas secara profesional dan tidak ambil peduli terhadap provokasi dihadapi semasa menjalankan tugas.

"MPKS mengharapkan kejadian ini dijadikan sebagai iktibar. Jika ada mana-mana pihak yang disaman tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan, mereka boleh membuat aduan secara terus kepada MPKS," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video berdurasi 59 saat menunjukkan seorang individu melemparkan kata-kata berbaur ugutan dan cacian terhadap anggota penguat kuasa MPKS yang sedang menjalankan tugas. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote nz.jr 6-1-2022 10:25 AM
bayar je la saman...baru rm10...nanti jadi kes polis lagi susah..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.110906 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top