CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai Sangka Kahwin Sejenis, Suami Tak Kisah Isteri Macam Lelaki

6-1-2022 10:55 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3786| Komen: 9|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok haloakuniahhh2

Wanita sering dikaitkan dengan penampilan sopan dan ayu. Memiliki rambut panjang, suka bersolek, tampak feminin bahkan sikapnya agak berlemah lembut.


Lebih-lebih lagi selepas menjadi isteri kerana ramai lelaki dikatakan menyukai isteri yang bersikap lemah lembut, cantik pada pandangan mata mereka dan banyak lagi.


Namun tidak semua wanita apatah lagi mereka yang bergelar isteri suka tampil dengan imej feminin ini. Ada yang selesa dengan rambut pendek, katanya mudah untuk diuruskan terutama yang ada anak-anak kecil, tidak suka bersolek kerana suka pada kecantikan aslinya serta penampilan yang ringkas seperti mengenakan seluar dan bukan blouse seperti kebanyakan wanita lain.


Walau berpenampilan ringkas tapi itu tidak bermakna akan mengubah jati diri seorang isteri yang fitrahnya ada di sisi suami.


Sumber: Tiktok haloakuniahhh2

Dikongsi dari tik tok @haloakuniahhh2 dan lebih mesa dipanggil Ratu Papayaaa, isteri ini mengakui penampilannya dari dulu adalah seperti lelaki


Dia mengubah dirinya kerana pernah melalui satu peristiwa hitam dalam hidupnya.


Namun dalam dia bebas melakukan apa disukainya, jodohnya tiba dan dia sendiri tidak menyangka dirinya mampu berubah seperti hari ini.



Dalam beberapa siri videonya, Ratu Papayaaa akui dia pernah disangka seorang lelaki kerana imej rambut pendek serta bertatu bahkan ada yang mahu sijil nikahnya disiasat kerana menyangka dia berkahwin sesama jenis.


Dalam masa yang sama, dapat dilihat suaminya begitu sporting melayan setiap kerenah isterinya malah mereka dilihat umpama "kawan" kerana penampilan dirinya seperti lelaki.


Akui Nia, dia sering diajukan pertanyaan kenapa sering tampil dengan imej tomboynya, dan jawapannya sangat mudah, dia senang dengan penampilan begini (imej rambut pendek dan memakai pakaian lelaki).



"Aku ingin jadi diriku sendiri dan menjalani hari-hariku dengan penampilan disukaiku selagi aku tahu kewajipanku sebagai seorang isteri,"

"Semua orang cantik dan hensem ya"


Amacam, on ke tak on dapat isteri lasak begini? Nia juga merupakan antara tiktokers yang popular di Indonesia, ramai yang menyayanginya kerana sikapnya yang mudah didekati dan mesra. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 6-1-2022 11:11 AM
dah merasa penangan batu lesung jawa takkan nak lepas ye dok... tp kat TT tengok kawan-kawan dia pun ramai je pengkid sepesen tengok... gaya dia pun acah2 pengkid yang kemam-kemam mulut tu..apooo...
Quote mamajawie 6-1-2022 11:27 AM
muka dia ni bila disolek cam muka pondan vee abdullah tu..sebijik!!
Quote musangbodoh 6-1-2022 11:51 AM
J.A.L.........
Quote bondeh 6-1-2022 12:49 PM
Cam Ozlyn family Hanania yang Sakinah Mawaddah Warahmah
Quote Artemesiaa 6-1-2022 04:53 PM
Air mukanya nampak keras tapi masih terlihat kewanitaannya
Quote swateng1 6-1-2022 05:30 PM
kalau tak silap dia ni yang pernah cerita pasal dia tukar imej jd tomboy sebab dia pernah kena rogol. pastu dia mkn pil hormon utk tukar suara jd kasar.lasat2 dah berenti mkn pun suara takleh jd lembut balik dah mcm perempuan.
Quote Supersirap 8-1-2022 08:38 PM
Semoga berbahagia di samping suami tersayang dan dipermudahkan segala urusan
Quote Belibis 8-1-2022 09:53 PM
Patut jadi bini abe pink..baru anak2 pening.
Quote ezacbee 11-1-2022 03:30 PM
Dia senyum cam muka faizal af4

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.055159 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top