Doktor dan pengacara Dr Say Shazril turut meluahkann rasa kecewanya tentang insiden sebuah video mendakwa lelaki mabuk menjadi punca lori dipandunya terbabit kemalangan tular sejak kelmarin.
Menurut Dr Say, serangan jantung sebenarnya tidak boleh dipandang ringan atau dibuat main. "Tanpa asal usul beliau dituduh mabuk dan tiada sebarang pertolongan diberikan kepada beliau. Kalau diamati video ni, nampak betapa dalam kesakitannya pemandu itu sambil dia ber-grunting in pain dan tangan kiri memegang dada kirinya. "Saya faham orang biasa mungkin tak tangkap apa yg dialami pemandu itu, tetapi perlukah menghukum beliau sebegitu?
"Kalaulah wanita tersebut bertanya “pakcik ok ke? Nak saya panggil ambulans?” instead of menuduh pakcik tu, mungkin beliau boleh diselamatkan sebab when it comes to sakit jantung atau angin ahmar, masa itu emas. Inalillah pemandu tersebut telah meninggal dunia," tulisnya kecewa. Jelasnya, sekiranya wanita itu bertanya keadaan pakcik tersebut atau segera memanggil ambulans, berkemungkin mangsa boleh diselamatkan. "Pertama jangan menghukum orang dan nombor dua didik diri belajar tentang pembunuh nombor satu dalam tempoh 20 tahun iaitu penyakit jantung," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
|
mamichik replied at 6-1-2022 03:26 PM
"Kalaulah wanita tersebut bertanya “pakcik ok ke? Nak saya panggil ambulans?” instead of menuduh p ...
mamichik replied at 6-1-2022 03:26 PM
"Kalaulah wanita tersebut bertanya “pakcik ok ke? Nak saya panggil ambulans?” instead of menuduh p ...
achinto replied at 7-1-2022 06:26 PM
Ada je la dr.say ni menempel kalau ada apa2 isu. terpaling lajulah dia terduduk peeps
ADVERTISEMENT