Sarat hamil lapan bulan, penyanyi Ernie Zakrie memberitahu dia sedang mencari pengganti bagi menyanyikan lagu Boneka yang bakal bertanding di pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke -36.
Kata Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, dia tidak dapat membuat persembahan kerana bakal bersalin dan berpantang dalam masa terdekat ini. "Saya masih lagi menanti daripada pihak produksi bila tarikh persembahan untuk AJL36, kerana setakat ini masih belum pasti lagi sama ada ia akan diadakan pada Februari atau Mac. "Kalau Februari... InshaAllah saya bakal melahirkan dan kalau Mac pula saya tengah berpantang.
"Jadi mustahil bagi saya untuk berada di atas pentas pada waktu itu,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Ernie dan syarikat rakamannya sedang dalam proses perbincangan untuk mencari calon yang sesuai bagi menggantikan dirinya pada malam AJL36 nanti.
|
MissYouSayang replied at 7-1-2022 10:14 AM
Idayu af tu ok gak bila cover lagu org
miss_strangers replied at 7-1-2022 10:09 AM
Nikki palikat pleaseee
dua_chzy replied at 7-1-2022 10:03 AM
Ambik ja memana budak2 AF termasuk laki kau.
ADVERTISEMENT