CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

5 Artis Indonesia Yang Pernah Beribadat Di Gereja Ketika Masih Beragama Islam

7-1-2022 11:56 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3489| Komen: 11|Original author: Cinta Erina

Sumber: Google Image

Siapa sangka beberapa artis di atas ini membuat pengakuan pernah memasuki gereja sewaktu masih beragama Islam. Anda pasti ingin tahu siapakah artis yang dimaksudkan? Menurut artikel dari Murai.my, inilah artis yang dikatakan tersebut, jom kita baca!

1. Anada Soebandono
Sumber: Google Image

Ananda Soebandono merupakan abang kandung kepada pelakon Alyssa Soebandono. Dia membuat keputusan untuk menukar agama dari Islam kepada agama Kristian. Dikatakan, dia sempat melakukan ibadah di gereja sewaktu masih beragama Islam.

“Saya masuk ke gereja, semasa pertama kali saya masuk, perasaan saya sangat luar biasa, dan jujur saya takut, saya seorang Muslim masuk ke gereja.

Perasaan saya seperti kita orang Indonesia ke Eropah di mana majoritinya Caucasian dan kita Asia sendiri. Saya berasa rendah diri seperti itu, tetapi saat itu saya tidak kisah.”-Ananda Soebandono


2. Kiki Fatmala

Sumber: Google Image

Walaupun beragama Islam, Kiki Fatmala pernah memohon kepada rakan-rakannya untuk menjemputnya melakukan ibadat di gereja. Hal ini berlaku selepas dia akui rasa tersentuh apabila mendengar lagu kerohanian di gereja.

Sewaktu berada di gereja, Kiki menceritakan dia berasa bimbang akan ditangkap kerana masih beragama Islam.

“Saya tanya, ‘bolehkah saya datang ke gereja?’. Pertama kali saya ke gereja, saya diajak berada di kedudukan paling hadapan.

Saya melihat kamera, saya terus menyembunyikan wajah kerana takut orang lain tahu saya menganut agama lain. Saya takut tetapi saya mahu mendengarnya (lagu kerohanian gereja)”-Kiki Fatmala



3. Kriss Hatta

Sumber: Google Image

Kriss Hatta merupakan pelakon sinetron Surga Yang Tak Dirindukan The Series telah menukar agamanya dari Kristian kepada agama Islam ketika hubungannya dengan aktres dan model jelita Hilda Vitria semakin serius. Namun,hubungan mereka telah terputus di tengah jalan setelah Kriss ditahan di penjara.

Ketika menjalani hukumannya, Kriss berasa teragak-agak untuk beribadat di masjid atau di gereja dan membuat keputusan untuk pergi ke gereja walaupun dia masih berstatus individu beragama Muslim ketika itu.

“Di dalam penjara ada masjid dan gereja, waktu itu masjid dan gereja hanya bersebelahan dan saya melihat kiri dan kanan, pergi ke arah masjid tapi saya berundur kembali.

Pergi ke gereja dan berundur lagi. Saya rasa risau. Keeseokan harinya saya cuba datang lagi, pada waktu itu saya keliru dan saya datang lagi, akhirnya saya buat keputusan untuk memasuki gereja.”-Kriss Hatta


Kriss bagaimanapun mengakui telah kembali menganut agama Kristian pada Oktober 2019 yang lalu.

4. Dena Rachman

Sumber: Google Image

Dena Rachman dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam, walau bagaimanapun, dia mengakui dirinya seorang atheist kerana merasakan Tuhan menjadikannya berbeza dengan orang lain.

Dena Rachman turut akui merasakan kedamaian sewaktu menghadiri pengebumian rakan bapanya yang meninggal dunia dan terus membuat keputusan untuk menyertai ibadat di gereja sebelum menganut agama Kristian.

“Apabila saya berada di sana, saya bertanya sama ada akan ke sanakah saya pergi. Waktu itu perayaan Krismas dan ia adalah perjalanan yang menyeronokkan.

Tiba-tiba saya membuka brosur (gereja) isinya kandungan mengatakan ianya terbuka kepada semua orang, termasuk warna kulit dan jantina.”-Dena Rachman


5. Ari Wibowo

Sumber: Google Image

Ari Wibowo merupakan pelakon, model, dan penyanyi Indonesia menceritakan sewaktu dirinya masih kecil, dia bersekolah di Jerman yang berlandaskan agama Kristian. Dia turut membuat keputusan untuk pergi ke gereja kerana enggan berasa bosan.

Namun tanpa disangka, Ari berkata dia merasakan ‘bisikan Tuhan’ sekaligus telah membuatkan hatinya rasa damai dan tenteram lalu memeluk agama Kristian ketika dewasa. -CARI

“Entah kenapa ada suara di hati saya atau di fikiran saya, ikut sujud menyembah, ikut berdoa, berlutut dan berdoa.

Saya turuti sahaja, selesai berdoa saya lihat langit rasa sangat indah, sangat damai, saya merasa mahu disayangi, hanya itu yang boleh saya gambarkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang tidak memahami Tuhan. Tuhan itu wujud dan menyayangi saya.”-Ari Wibowo



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 7-1-2022 12:22 PM
nauzubillahiminzalik
Quote mamajawie 7-1-2022 12:34 PM
nasib baik la si nek lijah mesbon x jadi berjodohan dengan si bulu ari2 ni..
Quote babelina 7-1-2022 12:50 PM
Allahuakhbar.. moga2 kita tidak terpesong dan sentiasa dipelihara Allah Swt...amin yra...
Quote bambimbom 7-1-2022 01:54 PM
Takutnye tukar agama mcm tukar baju
Quote apedehal 15-1-2022 05:47 AM
Aku masuk gereja pun dah berdebor debor...mmg lain auranya.. aura seram...maaf ya kalau tersinggung porumer2 yg beragama kristian..aku jujurin aja.
Quote epullipan 19-1-2022 12:13 PM
ramai je kan yg tukar agama.kat sana kawin pon bole different agama, mcm bukan benda pelik..kalau kat malaysia apa hukuman murtad?
Quote salimrock 20-1-2022 05:39 PM
indon mcm  tak serius dlm bab agama
Quote Meiizu 21-1-2022 10:51 PM
Ari wibowo ni tak rupa yendon khennn...mix ke
Quote Fadhiluw 23-1-2022 03:00 PM
Meiizu replied at 21-1-2022 10:51 PM
Ari wibowo ni tak rupa yendon khennn...mix ke

Yapp, half Germany
Quote Suchi 27-1-2022 11:21 PM
epullipan replied at 19-1-2022 12:13 PM
ramai je kan yg tukar agama.kat sana kawin pon bole different agama, mcm bukan benda pelik..kalau ka ...

Perlembagaan malaysia menetapkan semua org melayu mesti beragama islam.
Hanya di Malaysia, kalau melayu kat indon ke kat negara lain nun boleh je bebas nak pilih ugama apa sejak lahir sekalipun.
Tp kat malaysia dia mcm auto gituh, sbb tu nak murtad ke apa susah kat sini tu pasal memasing bawak diri ke oversea lerr baru la aman2 ja dorang nak tukar agama ke apa.
Quote gideoncross 31-1-2022 01:25 PM
epullipan replied at 19-1-2022 12:13 PM
ramai je kan yg tukar agama.kat sana kawin pon bole different agama, mcm bukan benda pelik..kalau ka ...

Hri tu ada forumer sini bgithu kat sna x boleh main2 kn ugama tpi klau d sogok dgn duit, smua boleh jalan.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.044508 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top