Pihak berkuasa Bangladesh mengambil tindakan menutup lebih 2,000 pasar haram yang dibangunkan pelarian Rohingya di Cox’s Bazar.
Lapor Arab News, pasukan penguat kuasa terpaksa menutup beberapa kedai atas pelbagai sebab termasuk perniagaan produk haram yang dijalankan di kawasan itu. Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Shamasud Douza berkata, pelarian Rohingya tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti perniagaan di kawasan tersebut. “Kedai haram dirobohkan dari masa ke masa sejak 2018. Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan di kawasan tanah kosong bagi membina rumah dan pusat kesihatan Rohingya,” jelasnya.
Disebabkan itu, pelarian Rohingya mengeluh mereka kehilangan sumber pendapatan dan keperluan harian di kem pelarian tersebut. Bangladesh menerima kemasukan lebih 1.1 juta pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar akibat tindakan zalim pihak tentera sejak 2017. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT