Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari berkongsi pandangan terhadap isu jemaah umrah yang menipu status suntikan vaksin seperti yang tular baru-baru ini.
Kata Dr Izzar, seandainya dirinya terpilih sebagai salah seorang jemaah umrah ketika ini, antara perkara yang perlu dilakukan adalah pengambilan vaksin wajib seperti yang ditetapkan dalam syarat kemasukan ke Arab Saudi dan negara kita sendiri, Malaysia. Natijah daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu tambah Dr. Izzar akan mendatangkan risiko kepada semua pihak termasuk orang awam lain.
"Tapi, yang paling saya takut ialah apabila saya akan menidakkan hak atau peluang jemaah lain untuk menunaikan umrah dan haji di masa hadapan kerana saya menipu telah divaksinasi. "Takut Kerajaan Arab Saudi akan ban jemaah dari Malaysia disebabkan saya. "Semuanya balik kepada sikap masing-masing. Nak menipu tu, letaklah peraturan apa-apa pun. Mesti dia akan cari jalan untuk menipu. Semoga kita semua dijauhkan," tambahnya. Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa tidak menerima suntikan vaksin. Menterinya, Khairy Jamaluddin memberitahu, pihaknya sedang meneliti alasan 17 jemaah terbabit mengenai perkara itu. Berdasarkan data yang dikongsikan daripada 122 dijangkiti Omicron itu 26 menerima vaksin AstraZeneca, Moderna (satu), Pfizer (57), Sinovac (enam), selain penerima dos penggalak Pfizer (enam) dan Sinovac (lapan), manakala 17 tidak divaksinasi. Sumber: GEMPAK
|
caprisonne: Habis yg 78 org yg dah dicucuk ...
ADVERTISEMENT