Video tular ‘Raja Bomoh’, Ibrahim Mat Zin bersama seorang wanita dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ yang melakukan ritual ‘cegah banjir’ sebelum ini mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon, pelawak dan pengacara, Harith Iskander yang turut memberikan cadangan kepada individu itu.
Menerusi hantaran di Instagram, Harith akui pernah memerli ‘Raja Bomoh’ itu dan akui rakyat sudah berasa penat dengan kerosakan akibat banjir yang melanda di beberapa buah negeri baru-baru ini. “Raja Bomoh yang terkenal sudah kembali, kali ini melakukan ‘magic’ untuk mencegah banjir. Saya akui saya pernah mengejeknya sebelum ini.
"Tetapi, rakyat begitu letih dengan kerosakan yang berlaku akibat banjir di Malaysia. Pada kali ini, saya rasa kita sanggup menerima semua dan apa-apa bantuan pada masa ini termasuklah kelapa yang dibawa ke udara," tulisnya. Dikesempatan itu, Harith berseloroh dengan memberikan cadangan kepada ‘Raja Bomoh’ itu untuk mencipta sihir yang akan menghalang sebarang kerosakan dan kehilangan nyawa disebabkan ketidakcekapan manusia. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT