Jika anda fikir menonton filem Marvel, Avengers berdurasi tiga jam itu meletihkan, tahukah anda ada filem lagi panjang dari tu?
Filem seni eksperimental berjudul Logistics oleh Erika Magnusson dan Daniel Andersson ini mengisahkan kitaran pengeluaran (production cycle) sebuah Pedometer dalam susunan kronologi dalam bentuk ulangan. Ia menceritakan perjalanan Pedometer dari penjualan kedai di Sweden, kemudiannya ke kilang asal di China pada 2012.
51,420 minit bersamaan 857 jam ataupun 35 hari 17 jam! Ini sekali gus menjadikan ia filem paling panjang pernah dihasilkan di dunia. Rekod kedua untuk filem terpanjang dipegang oleh Modern Times Forever oleh Superflex iaitu berdurasikan 240 Jam ataupun 10 hari. Kalau ada filem paling panjang, mesti ada filem paling pendek. "Fresh Guacamole" (2012) oleh Adam Pesapane hanya berdurasi 1 minit 40 saat dan tercalon di Academy Award. Ada sesiapa berminat nak tengok filem ini? Mana tahu boleh belajar sesuatu daripadanya? - CARI |
matbad: msti ada yg minat sbb tu dihas ...
ADVERTISEMENT