"Saya menderita sakit belakang sejak trimester pertama lagi. Rupanya pelvis saya senget sikit. Sekarang saya tidur macam tuan puteri. Thank you bb."
Mujur suami Elfira Loy menjadi penyelamat dengan membawanya ke @chirozone.kl, jika tidak entah sampai bila dia terpaksa menahan sakit di bahagian belakang yang dideritainya sejak trimester pertama kandungannya.
Berkongsi pengalaman mendapatkan khidmat @chirozone.kl di laman Instagram miliknya baru-baru ini, pelakon Elfira Loy berkata rupa-rupanya sakit belakang yang dialami sejak trimester pertama kandungannya itu didapati berpunca daripada pelviknya yang sedikit senget dan ternyata tindakan suamimya membawa dia berubat di @chirozone.kl tidak sia-sia kerana dia kini boleh tidur lena berbanding sebelum ini. "Uishhhhh leh imagine bunyi krup krap bestnya lega" antara komen netizen yang rata-rata tumpang gembira dengan perkhabaran daripada Elfira itu. Penyanyi Ernie Zakri turut sama teruja sambil berkata dia juga ingin ke tempat sama, mungkin turut mengalami masalah sakit belakang yang sememangnya boleh dikatakan perkara normal yang akan dialami ibu-ibu mengandung. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|