CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ditipu Pembekal Sarung Tangan, Shahir Rugi RM12 Juta!

10-1-2022 07:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8673| Komen: 71

Shahir Zawawi terpaksa menanggung sekitar RM12 juta selepas menjadi mangsa penipuan oleh sebuah syarikat pembekal peralatan di hospital.

Ujar Shahir atau nama lengkapnya Ahmad Shahir Zawawi, 33, turut ditipu adalah seorang lagi rakan kongsinya.

Kata Shahir, kejadian tersebut berlaku sekitar Oktober tahun 2020 melibatkan 400,000 kotak sarung tangan yang akan dibekalkan ke hospital.

Foto: Kosmo

“Kami menjadi pembekal peralatan di hospital. Namun produk yang sepatutnya kami terima (sarung tangan) tiada, sebaliknya hanya kotak-kotak kosong.

“Jumlah kerugian yang dialami juga agak besar iaitu sekitar RM12 juta,” katanya.

Shahir yang ditemui pada konsert akhir program realiti Hijrahkan Laguku di Studio TV AlHijrah malam tadi memaklumkan dia sudah pun membuat laporan polis dan kes kini dalam proses undang-undang.

“Saya tidak boleh ulas lebih sebab kes ini sudah pun dibawa ke mahkamah. Semua ini melibatkan urusan antara peguam syarikat dengan pembekal

“Malah pihak pembekal yang menipu kami juga sudah pun dikesan,” ujarnya.

Shahir dalam pada itu turut meluahkan rasa syukur apabila memenangi program Hijrahkan Laguku pada malam tadi sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Kemenangan Shahir yang juga merupakan bekas Juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu telah mengetepikan tiga finalis lain iaitu Datuk Nash, Mark Adam dan Iwan Syahman yang berkongsi kedudukan naib juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 10-1-2022 07:48 AM
shahir ni dah bukak braces ke belum?
makin menggemok jah
Quote dudaberhias 10-1-2022 07:50 AM
Pergh 12 juta terus dia kata tu dia dapat tender ke apa tu? Order dari syarikat mana? Kalau betul confirm la dah pungpang nama syarikat penipu tu kan.
Quote tikusmontok 10-1-2022 07:54 AM
Kepamnya....sekepam masa masih bergigi besi karat
Quote Suchi 10-1-2022 07:57 AM
Biar betul 12 juta,tp katanya bekalkan kat hospital.

Okla dapat 100k boleh la kaver duit loyer.
Mesti payment loyer 100k kan.
Quote slyfynx 10-1-2022 08:01 AM
rang melayu dengan nilai juta berpisah tiada
Quote jas7512 10-1-2022 08:03 AM
Mcm sembang kosong je kau ni..suara blh tahan tapi mcm xde effort nak bekerja dgn rajin
Quote dudaberhias 10-1-2022 08:07 AM
jas7512 replied at 10-1-2022 08:03 AM
Mcm sembang kosong je kau ni..suara blh tahan tapi mcm xde effort nak bekerja dgn rajin

Khennn...

Iols pun baru2 ni di tipu pembekal...
Iols order 100,000 pcs kek mamasabariah keras kejung untuk di buat tambak tapak rumah di shah alam bagi tinggi sebab takut banjir... Hujung2 pembekal tipu di hantarnya kek kering kontang batik lelemak adik jahlop...

Agittew kita pun boleh sembang kan...
Quote wadiunong 10-1-2022 08:13 AM
propanya la sampai 12 Juta. sembang Melayu sungguh
Quote belacan_gurl 10-1-2022 08:21 AM
Hahahahha awat aku dok tgk muka dia dah nk sama fazley yaakop
Quote lasagna 10-1-2022 08:38 AM
oh my.. what happen to his muka? lain bebenor, terkojut den nengok eh. sib baik tak jd dgn ratu yg cun ittew. not my level katanya.
Quote laksmanabentan 10-1-2022 08:54 AM
dudaberhias replied at 10-1-2022 07:50 AM
Pergh 12 juta terus dia kata  tu dia dapat tender ke apa tu? Order dari syarikat mana? Kalau betul ...

hahahaha... nak sembang sikit2 okay nih....
ni sembang babi pun boleh terbang....
hahahhahahahaa.....

apa punya bodoh, tender tak sign tapi da beli stok berjota2...
nak up cerita biar tak sendu ker camno tu????
hahahahhaahaa...

Quote Normabaru 10-1-2022 09:02 AM
cmf_premierleag: shahir ni dah bukak braces ke  ...


Dah prem..mmg dh kepam busuk.itu hari ig live dia terpop up kt ig kaka..tertengok la kejap..alahai..dgn rambut panjang..buat live plak masa tgh kt car wash.sendu jah dlm 30org tgk..nmpk sgt la dh xlaku..
Quote dudaberhias 10-1-2022 09:04 AM
laksmanabentan replied at 10-1-2022 08:54 AM
hahahaha... nak sembang sikit2 okay nih....
ni sembang babi pun boleh terbang....
hahahhahahahaa.. ...

Kaka ratu mesti senyum sinis dalam gelap sambil memakai rambut pelesu dalam bilik berhadapan dengan cermin
Quote Normabaru 10-1-2022 09:05 AM
dudaberhias: Pergh 12 juta terus dia kata   ...


Dia ni ada aura playboy dlm diam and aura busuk kepam pemalas hehehe

Muka klu helok tp malas mmg xlaku dikkk
Quote cikgojesss 10-1-2022 09:10 AM
kepam berganda dengan rambut panjang gitu yihhh.. padahal kalau bersiap bukan tak lawa. contoh camni ok la sikit walaupun muka petak macam Adudu

Quote Curvycun 10-1-2022 09:11 AM
Tula padahnya hutang ex tunang tak bayar.dah meninggal dah pun ex tu.inalillah
Quote Rob07 10-1-2022 09:30 AM
12 juta? Ko biar betul dik
Quote zamzam 10-1-2022 09:38 AM
Ada tgk intvw tu tp dia sebut 400 ribu. Mai mana 12 juta?
Quote jiwakacau06 10-1-2022 09:40 AM
Curvycun replied at 10-1-2022 09:11 AM
Tula padahnya hutang ex tunang tak bayar.dah meninggal dah pun ex tu.inalillah

yg nma ain tu kan...

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051548 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top