Tidak ada yang peliknya apabila melihat seseorang menjamu selera dengan ikan salmon dan tiram yang belum dimasak. Namun, perkongsian video seorang gadis memaparkan dirinya meratah ayam mentah menyebabkan ramai loya dan membangkitkan isu kesihatan.
Video yang dimuat naik di TikTok oleh akaun Babygirl itu turut dibanjiri dengan komen yang menyuruh gadis berkenaan berjumpa dengan pakar perubatan Islam kerana selera pelik itu dikaitkan dengan gangguan makhluk halus yang mungkin sudah 'tinggal' dalam badan.
Pengguna TikTok turut membahaskan kesan buruk pada gadis berkenaan sekiranya dia meneruskan tabiat pemakanannya. Dia terdedah kepada bateria salmonella yang akan menyebabkan keracunan makanan serta cacing dalam perut.
Keracunan makanan akibat jangkita salmonella bukan hanya mengakibatkan seseorang itu mengalami cirit-birit, muntah dan demam, malah juga boleh membawa maut.
Ketika artikel ini ditulis, video berdurasi 15 saat itu sudah ditonton lebih dua juta dan menerima 16 ribu komen.
Dia tak loya ke makan mentah-mentah begitu? Macam dah tak ada makanan lain yang elok boleh dimakan. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My