Gaslighting adalah satu bentuk penyalahgunaan psikologi yang berbahaya di mana seseorang atau entiti cuba untuk mendapatkan kuasa atas orang lain dengan membuat mereka mempersoalkan kenangan mereka sendiri, peristiwa, persepsi tentang realiti, dan akhirnya kewarasan mereka. Itulah yang terjadi di dalam drama Indonesia yang hangat diperkatakan iaitu Layangan Putus.
Penerbit drama ini iaitu, Manoj Punjabi, mengatakan bahawa jalan cerita drama ini sangat realistik dan berkaitan dengan kehidupan harian dan mungkin masalah yang dialami oleh Kinan ini juga dirasai oleh kebanyakan wanita yang sudah berumah tangga.
Gaslighting sering berlaku supaya seseorang itu dapat menutup kesalahannya dan menyebabkan pasangannya tidak dapat membezakan isu yang sebenar dan akhirnya menerima bahawa apa yang diperkatakan oleh dia adalah benar.
Kita sendiri dapat melihat pelbagai isu terkini yang menyebabkan ramai suami dan isteri sering tertipu dengan pasangan sendiri. Lebih teruk, si pemanipulasi akan salahkan pasangannya sampai ke tahap mereka sanggup kata pasangannya itu mungkin dah sakit mental.
Oleh sebab tak nak dikata sakit mental, maka pasangan mereka pun tak ada pilihan selain terima cerita mereka walaupun dari sudut hati, mereka tahu mereka betul. Tambah lagi, susah nak perasan beza antara gaslighting atau sekadar menegur.
Buatkan kita rasa keliru dan akhirnya rendah diri pula. Bila si pemanipulasi dah berjaya rendahkan diri kita, perkara ni lah yang buatkan penipuan-penipuannya lebih senang!
"Kenapa eh bila perempuan react to what actually lelaki tu buat dekat perempuan tu, lelaki akan cakap perempuan tu gila padahal kau penyebab dia react macam tu"
Menerusi tweet seorang pengguna Twitter iaitu Amirah, dia menyatakan kenapa bila perkara ini terjadi, si pelaku tersebut akan mengatakan pasangannya gila padahal yang membuat masalah seperti curang itu adalah dirinya sendiri.
Tweet Amirah turut mendapat hampir 12 ribu retweet dan rata-rata pengguna twitter lain bersetuju dengan statement Amirah. Salah satu quote tweet yang menarik perhatian netizen ialah: