Manusia memerlukan air untuk hidup dan memastikan badan sentiasa terhidrat. Selain oksigen, air adalah kedua terpenting untuk manusia kerana 70 peratus badan manusia diperbuat daripada air dan ianya amat penting kepada badan manusia untuk membuat segala aktiviti.
Menurut Dr Anuj Shrivastav, seorang Pakar Perunding Kardiologi memberi nasihat untuk meminum air 12 gelas sehari dan Dr Shrivastav juga menjelaskan tiga faktor utama kenapa kita jadikan minum air sebagai rutin harian yang penting.
Minum air yang mencukupi sememangnya penting untuk membantu sistem pencernaan di dalam perut dan membuatkan proses pembuangan air lebih mudah, minum air panas selepas makan akan membuat lemak di saluran usus akan mengecut dan mudah untuk keluar apabila mahu membuang air. Menurut satu penyelidikan pada tahun 2019 menunjukkan minum air dapat meningkatkan aktiviti sistem saraf dan menaikkan mood seseorang.
Minum air waktu pagi selepas bangun dari tidur adalah waktu terbaik untuk minum air, anda tidak perlu gosok gigi dahulu kerana alkali di dalam mulut akan larut bersama air yang anda minum di waktu pagi. Minum air waktu pagi juga boleh seimbangkan sistem buah pinggang didalam badan, seimbangkan cecair dalam badan dan mencegah dari sebarang jangkitan. Ia juga boleh menyingkirkan racun di dalam badan dan membuat kulit jadi lebih berseri.
Ramai tidak tahu yang minum air ketika berdiri adalah kurang sopan, bukan sahaja itu tetapi ianya juga tidak elok untuk kesihatan perut. Meneguk air sambil berdiri adalah tidak baik untuk perut kerana risiko lain yang boleh berlaku seperti, penyakit radang otot yang akan menggangu kestabilan kandungan cecari dalam badan kita. Risiko kerosakkan buah pinggang juga boleh berlaku apabila proses air yang diminum itu tidak ditapis secara teratur. Meminum air secukupnya boleh melambatkan pertumbuhan sel kanser dan membantu mengurangkan penyakit hati dan ginjal. Jadi, itu adalah tiga faktor utama kenapa kita perlu minum air secara betul dan sekurang-kurangnya 12 gelas air sehari, paling penting adalah air kita minum itu sudah tentu bersih untuk diminum. -CARI |
ADVERTISEMENT