Isu berkaitan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin hangat diperkatakan, spekulasi demi spekulasi tular di media sosial.
Apatah lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan institut itu sendiri mengundang ketidakpuasan hati orang ramai, dengan secara terang dan nyata SPRM menyatakan pendirian mereka menyokong Azam Baki menerusi memorandum yang dikeluarkan. Kenyataan yang dikeluarkan SPRM menarik perhatian pendakwah terkenal tanah air, Firdaus Wong di mana pendakwah ini mempersoalkan beberapa aspek berkaitan Azam Baki dan sekaligus memberi teguran terhadap institusi tersebut di Instagramnya. “Saya menghormati SPRM sebagai sebuah agensi pencegah rasuah tetapi dengan kenyataan dari kepimpinan tertinggi SPRM yang menyokong KP SPRM yang terpalit dengan tuduhan rasuah menimbulkan lebih banyak persoalan kepada saya berbanding keyakinan. Pertama, bagaimanakah mereka boleh mengatakan dan mengetahui motif tuduhan adalah politik dendam sedangkan polis masih dalam penyiasatan? Kedua, bukankah kenyataan mereka ini seolah-olah mendahului siasatan dan proses keadilan? Ketiga, adakah kenyataan mereka ini memberikan keyakinan atau mengurangkan keyakinan kepada rakyat akan ketelusan barisan dakwaan rasuah terdapat KP SPRM sendiri? Sebagai Muslim, adalah tugas kita semua untuk amar makruf nahi mungkar. Tokoh agama lain bersuara atau tidak, itu cara dan prinsip mereka sendiri tetapi Islam ada prinsipnya yang tersendiri. Dalam sebuah hadis menyebut daripada Thauban RA: “Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara yang bersifat penghubung antara kedua-duanya” [Riwayat Ahmad (22399)],” tulisnya.
|
Firenzza replied at 10-1-2022 01:48 PM
Yg sebetulnya top2 post ni kena gilir 2 thn sekali dgn kem lain..bila buat stt mm ni lg la kuat bau ...
jas7512 replied at 10-1-2022 02:07 PM
Bg wujud je kerajaan campuran...no one had an upper hand...so mestilah buat keputusan yg x blh iku ...
ADVERTISEMENT