Anda mesti terkejut jika ada orang beritahu anda yang Jepun mengeluarkan kenderaan yang boleh berubah bentuk seperti dalam filem "Transformers".
Jepun telah memperkenalkan Dual-Mod Vehicle (DMV) yang boleh digunakan di atas jalan raya dan landasan kereta api.
Dikatakan DMV yang pertama di dunia tersebut diperkenalkan pada bulan lepas di pekan Kaiyo, Wilayah Tokushima, DMV itu boleh bertukar mod daripada bas yang boleh berjalan di atas jalan raya kepada tren dalam 15 saat jika DMV di landasan kereta api. Untuk bas, mereka menggunakan tayar yang biasa untuk bergerak di atas jalan raya dan boleh bertukar menjadi tren sekiranya kenderaan itu berjalan di landasan kereta api. Ketua Pengarah Eksekutif Asa Coast Railway, Shigeki Miura berkata, DMV itu boleh menjadi kenderaan serba guna untuk pelbagai masyarakat, terutamannya di kawasan perkampungan. Ujarnya, "kenderaan itu amat sesuai digunakan untuk membawa penumpang dan menjangkakan ia menjadi pengangkutan awam yang boleh digunakan di seluruh Jepun, Projek DMV yang sudah berjalan sejak sedekad lalu dan pihak berkuasa Tokushima berharap penggunaannya dapat menarik lebih banyak kemasukan pelancong ke wilayah tersebut." Kenderaan itu juga boleh membawa seramai 21 penumpang dan bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam bagi mod tren dan 100 kilometer sejam untuk mod bas. Ada sesiapa mahu pergi Jepun untuk cuba naik kenderaan dua alam ini? -CARI |
ADVERTISEMENT