Penyanyi Ayu Damit berharap netizen tidak terus mengkritik pakaian dan persembahannya ketika menyampaikan lagu Bad Romance di satu majlis pelancaran produk baru-baru ini.
Ujar Ayu atau nama sebenar Norayu Damit, 33, persembahan tersebut adalah atas permintaan penganjur dan dia sendiri sudah mendapat kebenaran suaminya. “Kalau nak kritik pun anda kena baca dulu, kami study lirik, kami study lagu... jadi kami perlu faham apa yang kami perlu sampaikan. “Untuk penari-penari tu, mereka dalam watak. Malah, saya pun sebagai penyanyi kalau in character memang akan all out.
“Sebagai penyanyi dan penari, apabila dah masuk roh tu... itu yang terjadi di atas pentas, kita tidak boleh mempertikaikan mereka,” ujarnya kepada mStar. Sumber: mStar
|
eyansss replied at 10-1-2022 03:49 PM
bila sibuk suruh retis bertudung... ni la hasilnya... jawapan pun ntah hape2 ntah...
ADVERTISEMENT