Seorang pekerja kilang warga Indonesia didenda RM80 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini atas tuduhan gagal memberi keterangan memuaskan berhubung pemilikan wang berjumlah RM50 di dalam akaun bank miliknya, Julai lalu.
Majistret Mohd Shazmeer Zamhari menjatuhkan hukuman itu terhadap Kris Dayanti, 22, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan. Kris Dayanti juga berdepan hukuman penjara 10 hari jika gagal membayar denda tersebut. Mengikut pertuduhan, wanita terbabit didakwa kerana didapati di dalam akaun Maybank miliknya wang berjumlah RM50 di mana dia tidak dapat memberi keterangan memuaskan berhubung pemilikan wang tersebut. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Kuala Kangsar pada pukul 4.15 petang, 27 Julai lalu. Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan telah beberapa kali disiasat bagi kes sama yang bersangkut dengan penggunaan akaun bank miliknya. Mengikut fakta kes, polis menerima laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang mendakwa diugut dan dipaksa membayar sejumlah wang jika tidak mahu video bogelnya tersebar oleh wanita yang baharu dikenali menerusi aplikasi MiChat. Mangsa berkenalan dengan wanita itu pada pukul 3 pagi, 27 Julai lalu sebelum berhubung menggunakan panggilan video melalui aplikasi WhatsApp. Remaja itu yang takut dengan ugutan berkenaan telah membuat pindahan wang berjumlah RM50 ke dalam akaun bank wanita terbabit pada pukul 4 petang hari sama sebelum dipaksa lagi membuat pindahan wang berjumlah RM500. Siasatan ke atas akaun bank itu mendapati pemilik akaun berkenaan adalah milik tertuduh. Sumber: K! ONLINE
|
Artemesiaa replied at 10-1-2022 04:43 PM
Buat kerja sia2
ADVERTISEMENT