CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bila Masa Kita Ada MoU Bawa Masuk Ribuan Pekerja Bangladesh? - Saravanan

10-1-2022 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1163| Komen: 1

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menafikan Malaysia bakal membawa masuk ribuan pekerja dari Bangladesh untuk tempoh lima tahun sehingga 2026.


Justeru, beliau menyifatkan gesaan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah isu buruh negara itu dihantar sebagai aneh kerana tiada memorandum persefahaman (MoU) pun dibuat.

“Bila masa pula kita ada MoU dengan Bangladesh dan bila masa pula negara itu sudah umum hendak hantar pekerja ke Malaysia?” Soal beliau dalam nada tegas pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di Menara Perkeso, di sini hari ini.


Kredit foto: FB


Jumaat lalu, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia dan Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia menghantar memorandum protes kepada pejabat beliau susulan keputusan Kabinet pada awal Disember tahun lalu yang bersetuju memeterai MoU dengan Bangladesh untuk penghantaran pekerja negara Asia Selatan itu selama lima tahun.

Dua NGO itu meminta Kementerian Sumber Manusia menangguhkan sementara keputusan pengambilan buruh Bangladesh sehingga kajian tepat berhubung jumlah sebenar diterbitkan.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, jika betul ada MoU itu, beliau sudah pun pergi ke sana untuk berbincang dan ada pemeteraian rasmi dibuat tetapi perkara tersebut langsung tiada.

“Mereka kecoh kata ada MoU itu mungkin ada agenda ‘udang di sebalik batu’ sebab saya pelik yang kerajaan masih belum umum apa-apa secara terperinci mengenainya. Kementerian sedia membatalkan mana-mana MoU jika betul ada demi memenuhi hasrat rakyat yang enggan menerima masuk pekerja asing.

“Bahkan kita akan bersama-sama rakyat bangkit menolak penghantaran buruh luar negara sekiranya benar langkah itu memberi faedah besar kepada negara kita dalam jangka panjang. Bagaimanapun setakat ini tuntutan sedemikian amat mustahil dan terbukti apabila sektor perladangan mencatatkan kerugian lebih RM20 bilion kerana kekurangan tenaga kerja dan masalah itu berpunca daripada trend kecenderungan rakyat khususnya generasi muda kurang berminat dalam sektor pekerjaan yang kotor, bahaya dan sukar (3D).

“Bayangkan, buah kelapa sawit rosak tidak dipetik kerana tiada buruh dalam masa dua tahun sempadan ditutup padahal jumlah rugi itu boleh buat pelbagai projek untuk rakyat. Sehubungan itu, kita sedia berjumpa wakil NGO tersebut esok di pejabatnya, malah memberi jaminan, pihak kementerian tidak akan menyorok fakta demi kepentingan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan tidak pernah lagi menandatangani mana-mana MoU yang sudah tamat dengan negara luar bahkan paling baharu dengan Indonesia bulan depan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 10-1-2022 05:19 PM
try tunggu kat airport...ada jer bangla 'turun' dr maskapai tu...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.030947 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top