Sebuah restoran di London dikecam selepas memuat naik gambar menu terbarunya iaitu kepala berserta leher itik yang diisi dengan lobak serta kekacang.
Lapor Daily Mail, hantaran itu dimuat naik restoran Westerns Laundry di Highbury. Seorang daripada pengguna Instagram menyifatkan hidangan berharga 18 pound (RM103) itu ‘sangat melampau’, namun ada juga pengguna yang berpandangan menu tersebut kelihatan menyelerakan. Hidangan kepala itik itu merupakan antara tiga menu yang paling mahal diperkenalkan restoran tersebut.
Menu paling mahal yang ditawarkan restoran itu adalah ‘daging dada itik berserta kubis dan kepingan daging khinzir’ yang berharga 26 pound (RM149). Restoran itu dibuka pada 2017 dan mendapat penilaian positif daripada banyak pihak termasuk selebriti terkenal. Sumber: Utusan
|
dubuk: kenapa itik tak laris macam ay ...
ADVERTISEMENT