Pengacara My Doctor, Dr Say Shazril terkedu sewaktu mendapat keputusan pemeriksaan kesihatan penuh yang dilakukan pada baru-baru ini.
Menurut Dr Say, dia berasa bimbang dengan keputusan tersebut kerana ia melibatkan buah pinggang dan juga tahap kolestrol. “Terduduk dibuatnya. Januari 2021 total kolestrol saya 8.3. Alhamdullilah tahun 2022 ni total kolestrol saya turun kepada 7.0. “Akan tetapi bacaan ni masih tinggi sebab “Selain itu buah pinggang saya berada pada kerosakan tahap 2 dan pada masa yang sama pada air kencing saya ada darah detected," tulisnya di Instagram.
Tambah Dr Say lagi, disebabkan perkara itu dia perlu menukar cara pemakanan dan juga senaman selama tiga bulan sebelum kembali membuat pemeriksaan sekali lagi. “Badan nak guna lama peeps. Apa guna ada bini cantik, anak handsome, duit berkepuk kalau kesihatan tunggang langgang,” coretnya. Sumber: GEMPAK
|
Normabaru: Apa guna jadi doktor tp kesiha ...
helicornia replied at 10-1-2022 08:41 PM
Apo doc pun kolesterol tinggi
caprut replied at 10-1-2022 08:46 PM
Apa yg peliknya?
helicornia replied at 11-1-2022 12:47 AM
Pelik la.benda bole kontrol kot. lain la penyakit genetik ke apa. Pandai pulak doc nasihatkan pati ...
helicornia replied at 11-1-2022 08:47 AM
Pelik la.benda bole kontrol kot. lain la penyakit genetik ke apa. Pandai pulak doc nasihatkan pati ...
ADVERTISEMENT