Seorang pemilik sebuah Pondok Pesantren di Bandung didakwa memperkosa tiga murid perempuan sejak 2019 hingga 2021.
Ketua Polis Bandung, Kusworo Wibowo berkata, kesemua mangsa dikategorikan sebagai kanak-kanak. Katanya, suspek menggunakan modus operandi dengan memberitahu muridnya ingin mengisi ‘tenaga dalaman’ kepada mangsa. “Pelaku merupakan pemilik sekolah berasrama tersebut dan memberikan alasan akan mengurut mangsa bagi mengisi ‘tenaga dalaman’ itu,” katanya lapor Suara.com.
Menurut Kusworo, kes mula terbongkar selepas mangsa mendedahkan perkara itu kepada ahli keluarga mereka sebelum membuat laporan polis. Jelasnya, kesemua suspek didapati tidak mengandung dan pihak polis akan memastikan mangsa tidak mengalami trauma akibat kejadian itu. Suspek akan didakwa mengikut Perkara 81 dan 82, Akta Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT