Seorang wanita dari Taiwan menerima hadiah berupa sebentuk cincin berlian daripada suaminya sebagai ‘ganjaran’ kerana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 75 kilogram (kg), lapor program berita Liputan 6 hari ini.
Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, suami wanita itu berkongsikan mengenai bagaimana isterinya berjaya menurunkan berat badan kepada 55 kg dalam masa dua tahun. “Dua tahun lalu, isteri bertanya kepada saya, hadiah apa yang saya mahu pada hari ulang tahun kelahiran saya. “Saya menjawab ‘tiada apa’, namun secara spontan saya bertanyakan kepadanya, sama ada dia boleh cuba menurunkan berat badan demi saya, sekali dalam seumur hidupnya,” tulis lelaki tersebut.
Menurut lelaki itu, selepas dicabar, isterinya berusaha untuk menurunkan berat badan dengan cara mengamalkan pemakanan yang seimbang. “Selepas dua tahun, dia akhirnya berjaya menurunkan sebanyak 75 kg daripada 130 kg sebelum ini,” kata lelaki itu. Isterinya kemudiannya dihadiahkan dengan sebentuk cincin berlian satu karat seperti yang dia janjikan. Sumber: Kosmo
|
green~tea replied at 11-1-2022 12:56 AM
Rugi beli berlian camni.. sbb tak laku Kalo dah boring tak dpt jual.. lama2 simpan pun, certificate ...
Suchi replied at 11-1-2022 06:46 AM
Ok la amik masa 2 tahun, iols terkejut gak baca berita ni sbb rasa cina badan kurus2 takkan ada yg b ...
Tinot7 replied at 11-1-2022 03:44 AM
Tak pe.. simpan pakai utk kepuasan diri.. giteww la wife mamat nih.. dpt bkn sbb bernilai pada mat ...
kakikuDibibirmu replied at 11-1-2022 06:02 AM
Cincin permata:
Suchi replied at 11-1-2022 06:46 AM
Ok la amik masa 2 tahun, iols terkejut gak baca berita ni sbb rasa cina badan kurus2 takkan ada yg b ...
green~tea replied at 11-1-2022 07:44 AM
Hadiah orang lebihhhhh bernilai....
kakikuDibibirmu replied at 11-1-2022 06:02 AM
Cincin permata:
Tinot7 replied at 11-1-2022 07:55 PM
Pakai sbb sentimental value, bkn sbb bilangan carat. Itu pendapat iols la.
Kitty_catz replied at 11-1-2022 08:11 PM
bethol... salu beli diamond ni bukan utk investment le mcm beli emas tu sbb mmg takde resale value ...
Simunggu replied at 11-1-2022 08:09 AM
apa cerita Bersih sudah???...atau utk tujuan politik semasa shj???
Tinot7 replied at 11-1-2022 08:41 PM
Iols takde berlian. Beli emas pun, iols pegi kedai beli sendiri. Emas nih pun iols beli utk mak da ...
green~tea replied at 11-1-2022 08:44 PM
I suka 916.. kalo boring, bleh trade in tukaq baru, tu je... its never an investment for me... tp ...
ADVERTISEMENT