Penghibur dan wartawan sensasi, Kelly Azman tampil memberikan penjelasan selepas dikatakan setaraf atau sama “level” dengan pengarah terkenal, Michael Ang yang kini telah rilis single terbaharunya, Cinta Atau Propa pada 5 Januari lalu.
Menurut Kelly ketika ditemubual Murai My, dia berpendapat Michael Ang dan dirinya mempunyai cara dan genre yang berbeza. Dia juga tidak menghalang netizen daripada menyamakan dirinya dengan pengarah terkenal itu. “Mungkin itu tanggapan netizen. Bagi saya, Michael Ang ada cara dia, kita ada cara kita. Macam Michael Ang, kita tahu dia seorang pengarah, dia boleh berlakon. Ini genre baru untuk dia cuba sebagai penyanyi. Bagi saya persamaan itu, sangat berbeza kerana genre saya lain dan genre Michael Ang lain. Walaupun dia menyanyi, saya pun menyanyi. Tetapi, saya penghibur dan dia penyanyi. Tetapi kalau netizen samakan saya dengan dia, itu hak netizen. Netizen kat Malaysia mana boleh kita nak halang diorang nak cakap apa kan. So diorang nak mengata ke sama ke itu pandangan diorang." Ketika ditanya mengenai soal kecaman netizen yang tidak henti mengecamnya, Pelantun No No No berkata sudah menjadi kebiasaan apabila seseorang itu menjadi popular, sudah tentu menjadi bualan netizen untuk berkata-kata mengenai dirinya.
|
ADVERTISEMENT