Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi bersama bekas majikannya, kali ini Iqbal Zulkefli muncul kembali dengan semangat baru dengan meluahkan hasrat untuk menaja program Gegar Vaganza (GV) musim depan.
Dalam temuramah bersama Mstar, menurut Iqbal dia pernah mengintai peluang untuk menaja program nyanyian itu pada musim ini namun tiada rezeki. "Sepatutnya tahun ini saya nak taja GV, saya sudah adakan perbincangan dengan agensi dan stesen televisyen tapi sebab sudah ada penaja lain yang ambil dahulu jadi terlepaslah peluang itu," katanya ketika ditemubual.
Tambahnya lagi, "Dalam banyak-banyak program hiburan saya nampak GV ada pasaran luas, memang sudah lama saya impikan untuk gunakan program ini bagi mempromosikan produk... kalau taja program Islamik atau ilmiah kurang sambutan penonton." Iqbal turut menjelaskan sudah empat tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan dan menggunakan platform media penyiaran untuk memasarkan produk melalui beberapa program yang dibayarnya.
|
meah_kelabu: dia ni menjual ape sbrnye? sbb xnampak mcm jual barang punnampak mcm jual diri.... untuk dicerca
lasagna replied at 11-1-2022 01:44 PM
perghh dia dah bg byg dah utk taon dpn.. well we will see camne.
kot laa boss susu tak mau bg dia ca ...
ADVERTISEMENT