Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah situasi yang dapat menggambarkan dugaan hidup seorang wanita berusia 26 tahun yang juga ibu kepada anak perempuan, Hanis Sofia berusia empat bulan. Berkongsi cerita pahit hidupnya di TikTok, wanita yang menggunakan nama samaran Mxxxxnn itu meneruskan kehidupannya memikul status ibu tunggal. Wanita berkenaan diceraikan ketika usia kandungan lapan bulan. Tatkala masih merawat hati yang terluka dek perpisahan, dia sekali lagi diduga apabila terpaksa melahirkan anak secara pembedahan kerana positif Covid-19.
Selepas melahirkan, dia terus menjalani kuarantin dan terpaksa berpisah dari anaknya bimbang bayi kecil itu dijangkiti virus berkenaan. Sebaik saja tamat 10 hari kuarantin, wanita itu sekali lagi kecewa selepas menerima berita anaknya disahkan positif Covd-19. Hati ibu mana yang tidak remuk menerima khabar berkenaan. Sejak melahirkan anaknya, dia belum berkesempatan untuk memeluk dan mencium bayi kecil itu apatah lag menyusukannya. Pada masa sama, dia juga dimasukkan ke hospital gara-gara jangkitan pada luka bedah. Kini menjalani kehidupan tanpa cinta, wanita itu menjadikan anaknya sebagai sumber kekuatan. Dia juga enggan menyimpan dendam terhadap bekas suami demi kebaikan anaknya. |
lolipopi replied at 11-1-2022 11:40 AM
Lenkali toksah makeup sgt la muka tu.. Agaknya lepas makeup suami x suka tgk muka munggg
ADVERTISEMENT