Jenama barangan mewah Louis Vuitton yang terkenal dengan produk seperti beg, pakaian dan barangan eletronik mengeluarkan jam tangan pintar mereka sejak 2018 dengan nama Louis Vuitton Tambour Horizon.
Kali ini, mereka baru sahaja melancarkan Louis Vuitton Tambour Horizon edisi Light Up.
Louis Vuitton Tambour Horizon Light Up mempunyai skrin AMOLED seluas 1.2" yang melengkung sepenuhnya ke bahagian sisi dan memaparkan 24 ikon monogram yang setiap satunya boleh diubah mengikut cita rasa si pemakainya.
Jam ini juga mempunyai cip Snapdragon Wear 4100 yang dikatakan cip jam terlaris di pasaran sekarang, selain menyokong 1GB RAM dan penstoran sebanyak 8GB. Kuasa baterinya juga bertahan lebih lama dengan kapasiti besar, 3000mAh. Malah, Louis Vuitton Tambour Horizon Light Up yang menggunakan sistem operasi buatan mereka sendiri iaitu sistem operasi berasaskan WearOS yang mempunyai banyak mod seperti Blossom, Explorer, Submarine dan Saver. Selain itu, jam ini juga boleh membaca nadi anda, mengira langkah anda berjalan, lihat cuaca, kualiti udara di sekeliling dan kalis air sehingga 30 meter! Harga seutas jam Louis Vuitton Horizon Light Up berharga ASD3,000 (RM12,580). Ada sesiapa mahu beli jam ini? Berbali ke beli dengan harga lebih RM12,000? - CARI |
ADVERTISEMENT