“Melompat satu Malaysia cari apa itu vaksin MM." Demikian tulis seorang penceramah bebas di Instagram mengenai statusnya semalam mengenai vaksin MM yang digunakannya untuk memasuki Tanah Suci.
Semalam, beliau membuat pengakuan terbuka di Instagram bahawa dirinya tidak divaksin dan membawa orang yang tidak divaksin ke Arab Saudi. “Alhamdulillah. Vaksin MM memang tidak menjadi syarat dah untuk masuk Saudi termasuk Mekah/Madinah. Melompat satu Malaysia cari apa itu vaksin MM," tulisnya dalam hantaran terbaru di IG hari ini. Beliau kemudiannya menjelaskan vaksin MM adalah vaksin meningococcal meningitis. “(Vaksin itu) Yang dulu orang gi umrah dapat buku oren kuning. Vaksin tu dah pupus. Mungkin terlalu banyak ‘telan’ jenis vaksin otak mudah lupa kot,” katanya. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini berkata, pihak kementerian mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah tidak menerima suntikan vaksin. Beliau memberitahu, pihaknya sedang meneliti alasan 17 jemaah terbabit mengenai perkara itu. Sumber: Utusan
|
Samerosie replied at 11-1-2022 02:18 PM
Ustaz kalau anti vaks pun jangan la bodoh sangat tunjuk kat orang. Meningitis meningococal vaccine ...
watie79 replied at 11-1-2022 03:35 PM
so called ustaz sengal ubi ni sengaja nak trigger netizen...
musangbodoh replied at 11-1-2022 10:17 PM
camne dier lepas?
ADVERTISEMENT