CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasar Raya Popular Akan Padam Label Tarikh Luput Susu

11-1-2022 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2447| Komen: 18

Rangkaian pasar raya popular Britain, Morrisons mengumumkan akan memadamkan label tarikh luput pada sebahagian besar produk minuman susunya menjelang hujung bulan ini, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.


Bagi menggantikan label tersebut, pihak pengurusan akan menggunakan teknik tradisional iaitu dengan menghidu dan ia akan dilakukan pelanggan itu sendiri.


Kredit foto: LADbible

Pelaksanaan ‘ujian menghidu susu masam’  itu  dibuat bagi mengelakkan pembaziran sehingga empat juta liter susu setiap bulan kerana mematuhi label tarikh luput sedia ada.

Menurut badan kebajikan Program Tindakan Sisa dan Sumber (WRAP), susu ialah produk makanan atau minuman ketiga paling banyak terbuang di Britain 


“Kaedah ini adalah yang terbaik kerana ia memberi kebebasan kepada pengguna untuk menentukan sama ada susu itu masih elok atau tidak.

“Tiada apa yang pelik, orang zaman dahulu juga menggunakan teknik hidu ini untuk menentukan sama ada susu masih boleh diminum atau tidak,” kata salah seorang pembeli susu tetap di Morrisons, Ian Goode. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 11-1-2022 02:21 PM
I see..untuk elakkan pembaziran katanya...takut ade org minum je susu lps tu letak balik..membazir jgk tu.
Quote KamikuP 11-1-2022 03:08 PM
Hidu hidu setepek taik hidung masuk dlm botol susu tu baguih dok adaaa...
Quote angelofish 11-1-2022 03:20 PM
hidu.pastu sebar covid
Quote mejaputih 11-1-2022 03:23 PM
erkkkkkkk...safe ke?
Quote clueless_gamer 11-1-2022 03:24 PM
a higher risk to be contaminated?

no thanks mate!
Quote FOTHER-MUCKER 11-1-2022 03:33 PM
Mesti orang tak ramai beli susu dari Morrisons kerana takut terbeli susu yang hampir luput.
Quote Supersirap 11-1-2022 04:03 PM
Sudah-susahkan orang je nak beli susu
Quote airmineral 11-1-2022 04:23 PM
xmau la hidu benda yg ntah sapa2 da hidu
xhygienenyeee
Quote Orix 11-1-2022 04:25 PM
buat jela yogurt.. btw susu naik byak yach drpd rm6.50 pada rm7.90 dlm ms setahun
Quote zacks 11-1-2022 05:54 PM
Beli yg still sblom tarikh luput pun kadang2 ada yg dah rosak gak.
Ada la dalam 10 tu, 1 or 2 yg rosak.

Mungkin time delivery kot?
Quote Artemesiaa 11-1-2022 06:01 PM
Cara macam tu susah nak pastikan tahap kebersihannya.
Quote nurkasih74 11-1-2022 06:06 PM
Maksud dia kat sini, bukan hidu masa nak beli..beli pastu bawak blk rumah. Kat rumah tu, minum lah selagi hidu2 bau tak basi..gittew..
Quote anony-mous 11-1-2022 06:06 PM
Mcm ramai jah salah faham berita ni. I rasa maksud dia, hidu la sendiri kat rumah. Yg dkt pasaraya xkan basi sbb new stok. Mgkin membazir tu sbb pengguna beli byk2 , last2 lupa tarikh luput atau dah tarikh luput tp actually susu elok jah lg tp pegi buang. So dgn cara ni, pengguna akn keep bau dlu dlm peti ais masing2 sblm decide utk buang
Quote Decaffeinated 11-1-2022 06:18 PM
teringat khenduri susu di australia botol 2 ka 3 litre macam dia pegang tu $1 kat 7-11. Bila dah dekat expiry memang harga macam free padahal boleh ja tahan 3-4 hari lagi.
Quote Dwdrum 11-1-2022 06:22 PM
Edited by Dwdrum at 11-1-2022 02:24 AM

Expiration date estimation dari manufacture... Sebab actual date depends kepada cara simpan dan Temperature... Seperti bread if kita letak dalam fridge akan ber tahan lebih lama dari di luar...
Somemore some milk packaging dalam plastic bottle yang dented besar 3 or 4 inches both side plastic bottle.. Apabila susu expired aka rotten those dent /hole akan kembang (sign) ... Susu akan release gas tidak selamat untuk di minum..
Quote Carlos7 11-1-2022 11:29 PM
Kalau tahu kurang laku kenapa order banyak2? Lepas tu x terjual, dah membazir bila expired
Quote tumpanglalu74 11-1-2022 11:54 PM
spoiled-milk-13960988.jpg
Quote kakikuDibibirmu 12-1-2022 08:05 AM
Mujur akak lactose intolerant

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.264560 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top