Aktivis, Abdul Rani Kulop dikecam warganet selepas memuat naik status seolah-olah sedang memerli individu lain. Hantaran Abdul Rani di laman sosial Facebooknya menulis tentang kaum lelaki yang mudah mencari pengganti selepas kematian isteri bebanding wanita.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Abdul Rani meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan tersebut dan mengaitkannya dengan pelawak, Shuib. “Kutuk, perli Shuib ke tu Abdul? “Ayah pun sama jugak…Bini belum mati dah tambah lagi satu, tak padan dengan…! “Ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri…Setepek kena dengan netizen, jangan main-main Yah…” antara komen warga maya. Ada juga komen yang meminta Abdul Rani supaya tidak mencampuri urusan orang lain kerana berkahwin lain selepas kematian isteri atau suami adalah fitrah manusia. Tidak berakhir di situ, Abdul Rani turut memuat naik sebuah lagi hantaran yang mencetus kemarahann netizen. Sumber: GEMPAK |
watie79: ntah kenapa aku pon setuju..ma ...
watie79 replied at 11-1-2022 02:52 PM
ntah kenapa aku pon setuju..majoriti perempuan yg kematian suami memang pikirkan anak2 jer..
ADVERTISEMENT