Lufya Omar bukan trauma, cuma bimbang kalau nak kahwin lagi. Dah setahun menjanda, Lufya kata dulu memang hati dah tertutup untuk lelaki tapi sekarang lain ceritanya.
“Kalau dulu, memang hati itu tertutup, tak nak fikir langsung soal kahwin. Tetapi, rasanya, sekarang saya dah tak mahu dah sekat jodoh. “Jika benar Allah SWT kurniakan saya jodoh yang baik dan lelaki yang tepat untuk hadir menemani hidup, saya sudah semakin terbuka dan menerima. “Saya dapat rasakan, diri kini semakin positif berbanding dahulu. InsyaAllah,jika benar jalannya, saya okey untuk kembali berkahwin,” katanya kepda Utusan Online. Namun katanya bukanlah dia nak kahwin dalam waktu terdekat sebab anak masih menjadi keutamaan dirinya. Ditanya tentang hubungan dengan bekas suami, Lufya jawab, “Saya ini, orangnya jujur. Jadi, kalau orang datang bertanya pada saya untuk komen mengenai dia atau sebagainya, sebaik-baiknya tidak perlu untuk saya jawab. “Cukuplah untuk saya beritahu, yang saya bahagia bersama dengan Laana. Saya yang jaga anak dan tetap akan menjaganya sehingga bila-bila pun. “Sekarang ini, saya cuma nak cukupkan masa depan saya dan anak." Sementara itu Lufya kata dia tiada halangan sekiranya anaknya, Laana mahu menceburi bidang seni. “Kalau ditakdirkan dia akan menjadi selebriti atau artis suatu hari nanti, saya akan sokong. Sebenarnya, sebagai ibu, saya akan sokong sahaja mana-mana yang baik dan positif. “Saya faham perasaan bagaimana diri menjadi bak pemberontak sebab dulu, saya begitu. Dulu, keluarga pun tak suka saya menceburi bidang seni sehinggalah saya membuktikan yang itu memang minat diri." Semoga Lufya akan berjumpa lelaki idaman tak lama lagi ya? -CARI
|
nakkomenjugak replied at 11-1-2022 02:45 PM
aww comel anak nyaa
carik laaa laki mat saleh backpacking dok jual barang kat kaki lima tu
nakkomenjugak replied at 11-1-2022 02:45 PM
aww comel anak nyaa
carik laaa laki mat saleh backpacking dok jual barang kat kaki lima tu
ADVERTISEMENT