ARAB SAUDI : Baru-baru ini, kecoh apabila Arab Saudi buat pertama kalinya membenarkan panggung wayang selepas 35 tahun diharamkan dan pengambilan minuman beralkohol turut dibenarkan di negara majoriti penduduk Islam itu. Ekoran tindakan itu, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MBS) dihujani dengan kritikan hebat. Selain itu, dia juga dianggap sebagai orang yang berbangsa yahudi yang mahu menjatuhkan agama Islam. Memetik The Vocket, dakwaan keras ini dibuat oleh Presiden Persatuan Imam Seluruh India, Maulana Sajid Rashidi. “Saya tidak akan takut untuk mengatakan bahawa MBS boleh jadi anak kepada ibu bapa Yahudi. Orang Yahudi mempunyai misi untuk merosakkan Islam. Mereka bekerja untuk menyemai perpecahan sesama Islam dan menimbulkan perpecahan sesama kita. Jadi, saya tidak hairan jika MBS mempunyai keturunan Yahudi,” kata Rashidi. Dakwaan itu timbul semasa interaksi Rashidi dengan wartawan Pakistan; Arzoo Kazmi, yang videonya telah dimuat naik di saluran YouTube. Semasa perbualan, yang menyentuh perbincangan mengenai Muslim di India dan Pakistan, Rashidi berkata bahawa Putera Mahkota Saudi cuba menjauhkan umat Islam daripada kepercayaan mereka. Ketika disoal bagaimana dengan agenda reformasi yang dibawa oleh MBS dengan perpecahan terhadap Islam, Rashidi menyatakan bahawa membuka kedai arak, bar dan kasino tidak boleh dipanggil reformasi di bawah Islam. Tambahnya, membenarkan pengambilan arak dan judi adalah dilarang sama sekali oleh Islam dan dianggap haram. “Saya tidak mahu ambil pusing tentang perkara ini. Apa yang disebut pembaharuan yang dibawa oleh Mohammed bin Salman adalah tidak sesuai dengan Islam. Dia harus mengambil sehelai daun dari kitab nenek moyangnya, bagaimana mereka menjaga maruah kerajaan dan menjaga kehormatan Islam,” katanya. Terdahulu, lebih 300 panggung bakal didirikan, dengan 2,000 skrin yang bakal ditempatkan dalam tempoh 12 tahun. Ia sebahagian daripada Visi 2030 diperkenalkan Putera Mahkota Mohammad Salman, termasuk menarik balik larangan ke atas wanita memandu pada 2018. - CARI |
scorpionkiki replied at 11-1-2022 12:56 AM
Fepan mata i banyak kali ja tengok pak arab dok minum arak...esp di airport. Isteri pulak tutup muka ...
FOTHER-MUCKER replied at 11-1-2022 04:48 PM
Masalahnya selama ini lobai lobai bodoh satu dunia fikir bangsa arab ni suchi murni.
Kerana itu di ...
umbut replied at 11-1-2022 05:44 PM
Kat turki minum arak ni normal..tapi arak turki lah
rocksteady replied at 11-1-2022 05:52 PM
tak silap aku pernah terbaca kalau tempat sejuk arak yang tak mabuk tak berdosa minum untuk meman ...
wnwa05 replied at 11-1-2022 01:22 AM
banyak lah lobai fikir bangsa arab suci...lebai semua hormat sebab keturunan nabi2 dan ikut sunna ...
Orix replied at 11-1-2022 01:44 AM
iols xtau nk tersenyum sinis ka nak gelak terbahak2 baca berita ini
Dwdrum replied at 11-1-2022 06:09 PM
Mesti regret saudis dahulu smuggle arak dalam kurta di airport kena tangkap
Orix replied at 11-1-2022 02:15 AM
ummah sini punya la gigih petik dalil sana sini, ditafsirkan pelbagai jenis pandangan dek ularmak ...
Dwdrum replied at 11-1-2022 06:26 PM
I ada kawan ereb yang minum.. Depa sendiri kata minum jangan sampai mabuk/tidak waras sebab nanti ...
ADVERTISEMENT