Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kebahagiaan rumah tangga dan kekal bersama hingga akhir hayat.
Begitu jugalah yang diharapkan wanita dikenali sebagai Nissa. Namun, siapa sangka mahligai dibina atas dasar cinta itu hanya bertahan lapan tahun.
Loading FB Post...
Meluahkan kekecewaan di Facebook, Nissa percaya kifarah tidak akan pernah salah alamat. Suaminya pasti akan menerima balasan atas pengkhianatan yang dilakukannya.
"Semoga kalian berdua gembira. Semoga bahagia dengan cik pelakor. Jangan ada kata penyesalan di kemudian hari," katanya.
Sementara itu, rakan Nissa iaitu Kyranna menyifatkan dugaan dihadapi wanita itu ibarat kisah Kinan dalam drama Layangan Putus.
Perkongsian Nissa mengenai rumah tangganya menerima lebih 8,000 komen.
Bertabahlah Nissa. Lebih baik melepaskan daripada terus merana. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Baju hitam tu ker pelakornya?
Kalau itu patutlaa ada komen buang batu permata demi batu nisan tu.
Tp bininyaa pun cam mekap tebal so takleh la nak compare laa