CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengawal Serang Wanita, Dilarang Masuk Kelab Sebab Terlalu Hodoh

12-1-2022 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2016| Komen: 12

Dua pengawal di sebuah kelab malam di Manchester menyerang seorang pelanggan wanita, baru-baru ini.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa bukan sahaja dihalang untuk masuk berhibur, malah turut dirampas telefon miliknya.


Claire Sidebottom, 33, dari Mossley turut dihina dan diketawakan dua pengawal tersebut.

Malah, dia tidak dibenarkan masuk atas alasan tidak masuk akal kerana dianggap terlalu hodoh.


Foto: Daily Star

"Penjaga pintu itu sepatutnya melindungi pelanggan, bukannya membuli, mencederakan dan merompak.


"Saya rasa seperti dibuli dan dijadikan sebagai target mereka. Saya terluka kerana mereka ketawakan saya.

"Lelaki ini ambil telefon saya. Di dalamnya, ada gambar sentimental bayi saya. Memori itu kini sudah hilang," ujar mangsa.

Salah seorang lelaki berkenaan, Christopher Cash, 33, akhirnya diarahkan melakukan kerja komuniti selama 18 bulan dan 120 jam kerja tanpa bayaran selepas mengaku bersalah atas kesalahan tersebut.

Malah, dia juga telah kehilangan kerjanya.

Seorang lagi suspek bagaimanapun meninggal dunia sebelum dibicarakan. -CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 12-1-2022 10:21 AM
Jahat betul british ni[em:6:]
Quote ezacbee 12-1-2022 10:25 AM
Padan muka, saiko noo..
Sayang gambo baby g delete. Pehal dengki sgt tu
Quote makadek 12-1-2022 10:26 AM
Eh bukan ke ummah kokosen ni lawo2 korang dok kagum noo
Quote MsKathryn 12-1-2022 10:27 AM
Org putih mmg mulut jahat pn… nk hina org mcm la hensem phuiiiiiiii
Quote KIM.K 12-1-2022 10:33 AM
Ni berita apa benda bodo daily star ni..Sidebottom, Cash
Seriously nama menunjukkan pendidikan
Quote Dwdrum 12-1-2022 10:38 AM
Mahu selamat dari sexual harassment  selalu masuk gay club... In someway ada peaceful di sana... Sometime ada juga lesbian...
Quote BartholomewKuma 12-1-2022 10:56 AM
Betui ka nama nama hat depq habaq tu? Awat kena dengan tuan dia? Haha
Quote Shazid 12-1-2022 11:56 AM
Pengawal tu hansome sgt ke?
Quote Artemesiaa 12-1-2022 01:20 PM
Tak ada ler buruk bebenor mukanya nampak biasa je.  Mungkin saja pengawal cari pasal sebab tak ulur sesikit masa nak masuk sana gak nya.  Apa pun baguslah dah kena hadap hukuman.
Quote Somed 12-1-2022 01:40 PM
Memang gilo orang nih. Muka hodoh pun jadi problem. Tengok gambar perempuan tu xde la hodoh mana pun.. Ayat terakhir 'Seorang lagi suspek bagaimanapun meninggal dunia sebelum dibicarakan'. Tak diceritakan mcm mana blh mati. Kene dera masa sesi soal jwb dgn polis ke acaner nih..
Quote elzy 12-1-2022 03:18 PM
Cantik di mata pengawal kelab.. camni pun ado..
Quote Decaffeinated 12-1-2022 03:49 PM
KIM.K replied at 12-1-2022 10:33 AM
Ni berita apa benda bodo daily star ni..Sidebottom, Cash
Seriously nama menunjukkan pendidikan

Ms Sidebottom kena serang, Mr Cash kena cash!
yang meninggal tu Mr Rip lah kot


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.033396 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top