CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ketahui Sebab Kenapa Kita Perlu Menangis

12-1-2022 01:29 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1711| Komen: 2|Original author: Agent13k

Memang lumrah manusia untuk menangis kerana mahu meluahkan perasaan, keinginan dan lain-lain. Secara dasarnya manusia menghasilkan 0.2 liter air mata setiap hari dan 100 liter air mata setiap tahun.

kredit foto: WebMD


Menurut kajian pada 2011 di dalam Journal of Research in Personality, seorang penyelidik percaya dari segi biologi, wanita lebih banyak mengeluarkan air mata berbanding lelaki kerana kelenjar air mata wanita jauh lebih kecil dari lelaki. Ini bermakna wanita menghasilkan lebih banyak air mata berbanding lelaki tetapi tidak semua mengeluarkan air mata kerana emosi, ini adalah 3 faktor kenapa kita menangis.

  • Mata bengkak atau sembab

    kredit foto: XXL Mag

Tahukah anda yang mata anda sentiasa mengalir? Anda akan perasan yang air mata sebenarnya melincirkan dan melindungi mata daripada kotaran ataupun habuk yang mungkin akan masuk dalam mata anda.

  • Tindak balas kimia

    kredit foto: Foodal
Jika anda pernah cuba potong ataupun kupaskan bawang mesti anda rasa mahu menangis, nak tahu kenapa? Ini kerana ada kimia tindak balas dari bau bawang yang dipanggil sulfoksida yang ditukar kepada asid sufenik, gas tersebut akan masuk dalam mata anda dan membuatkan air mata terkeluar maka tidak boleh dikawal.

  • Emosi

    kredit foto: Healthline
Jika seseorang itu rasa sedih pasti air matanya akan keluar, air mata itu berfungsi untuk menstabilkan mood secepat mungkin apabila seseorang itu menangis. Bukan setakat membantu menstabilkan mood bahkan meningkatkan denyutan jantung seseorang dan pernafasan akan menjadi lebih perlahan.

Saintis masih lagi tidak mendapat jawapan mengapa air mata boleh membantu mengawal emosi, namun ada kajian mengatakan ia mengandungi tahap tekanan lebih tinggi iaitu ACTH dan enkephalin, endorphin dan juga penahan sakit semula jadi yang boleh jadi jawapan kenapa menangis boleh menenangkan emosi seseorang.

Bila kali terakhir anda menangis? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 12-1-2022 04:49 PM
asal menguap je keluar air mata.. kadang2 sampai menitik mengantuk  
Quote Artemesiaa 12-1-2022 06:39 PM
Menarik infonya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.099170 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top