Kita mungkin pernah terbuang barangan berharga secara tidak sengaja ke dalam tong sampah dan pasti menyesal sekiranya terlambat untuk mencarinya semula.
Kecuaian lelaki dari Newport, Wales ini menyebabkan dia tidak sengaja terbuang cakera keras (hard disk) Bitcoin. James Howells dari Wales secara tidak sengaja terbuang barangan yang amat berharga dalam hidupnya iaitu cakera keras yang mengandungi mata wang kripto sebanyak 7,500 Bitcoin (harga sekarang RM 1.46 Billion). Kejadian itu berlaku apabila James tidak sengaja menumpahkan air kopi ke atas komputer ribanya.
Difahamkan, dia kemudiannya membuka komputer riba berkenaan dan menyimpan cakera keras yang bernilai itu ditempat yang selamat. Pada satu hari, ketika sedang mengemas rumah untuk berpindah, dia secara tidak sengaja terbuang dua cakera keras yang pada waktu itu disangkanya tidak penting. Dia tidak menyedari yang salah satu cakera keras itu mengandungi "private key" untuk mengakses dan menggunakan Bitcoin miliknya hinggalah lapan berlalu dan dia masih menyelongkar timbunan sampah di tapak pelupusan di Newport. Misi pencarian James itu mendapat perhatian Majlis Perbandaran Newport yang kemudian menyekat kemasukan sukarelawan dan James untuk mencari cakera keras berkenaan kerana penggalian tersebut akan menyebabkan kerosakan ekologi di kawasan berkenaan. Ekoran itu, James berjanji untuk menyumbang sebanyak 25% daripada jumlah bitcoin miliknya kepada Majlis Perbandaran Newport sebagai "Dana Bantuan Covid-19" jika cakera keras itu berjaya ditemui, tetapi Majlis Bandaraya Newport tidak berganjak dengan keputusan mereka dan memaksa James mencari alternatif bagi mencari cakera keras berkenaan. Ada barangan penting yang anda tak sengaja terbuang? - CARI |
ADVERTISEMENT