Akibat terkejut melihat rondaan polis, lelaki dipercayai sesat selepas bertindak melarikan diri ke kawasan hutan di Kampung Nelayan, Tok Bali, kelmarin.
Dalam kejadian pada 12 tengah hari, lelaki berusia 22 tahun terbabit dipercayai mahu membuang sampah dan berlari masuk ke kawasan hutan tebal sebaik melihat pihak polis. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, mangsa dikatakan memasuki kawasan hutan berhampiran tempat pembuangan sampah, namun masih tidak pulang ke rumah. Katanya, bimbang keselamatan lelaki itu, ahli keluarganya membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku, semalam.
"Kita sudah mengarahkan pusat operasi mencari pada 9.30 pagi tadi dengan kekuatan 44 anggota pelbagai agensi dengan fokus utama pencarian adalah di kawasan hutan itu. "Hasil maklumat awal, lelaki itu dipercayai takut ketika terserempak dengan polis dan tidak dijumpai sehingga kini. "Setakat dimaklumkan, mangsa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan kita percaya dia mungkin tersesat," katanya dalam kenyataan, hari ini. Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). "Operasi SAR dipecahkan kepada tiga kumpulan yang bertindak mencari mengikut grid pencarian masing-masing," katanya. Sementara itu, Ketua BBP Pasir Puteh Azhar Elmi Mustofar berkata, pencarian mangsa dibantu Unit Dron Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). "Kita gunakan kaedah pencarian di permukaan dan sehingga kini pencarian membabitkan keluasan 1.5 kilometer persegi," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ninja boy replied at 12-1-2022 04:00 PM
X buat jenayah kenapa mesti lari
Adrif replied at 12-1-2022 04:55 PM
pergi buang sampah depan rumah je kut. tapi dia tak pakai facemask
tekaan aku tak pakai facemask ...
capiloton replied at 12-1-2022 04:58 PM
betul la tu tak pakai mask.
owner lembu teman lembu makan tepi jalan kena saman,
pegi kubur takde o ...
ADVERTISEMENT