CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Benarkan Pengeluaran KWSP Tindakan Tidak Bermoral’ - A Kadir Jasin

12-1-2022 03:04 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 2697| Komen: 25




Setelah berakhirnya pengeluaran i-Citra dan berlaku pula bencana banjir akhir tahun lalu, ramai yang mendesak kerajaan supaya membenarkan pengeluaran KWSP khas i-Citra sebanyak RM10 ribu sekali lagi.

Namun, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran i-Citra KWSP bagi kali kedua berikutan kerajaan memperuntukkan pelbagai bantuan termasuk kewangan untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Memetik Malaysiakini, Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin menyifatkan usaha supaya membenarkan Pengeluaran i-Citra RM10,000 wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mereka yang terjejas dalam bencana banjir baru-baru sebagai tindakan tidak bermoral.


Malah katanya, tidak ada hujah ekonomi dan moral untuk membolehkan pencarum supaya berbuat demikian.

Loading FB Post...

“Ini adalah simpanan hari tua bukan simpanan atau pelaburan biasa.

“Kerajaan sepatutnya menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada rakyat dan bukannya memaksa mereka mengali wang simpanan persaraan mereka.

“Akibat keputusan melulu (oleh kerajaan Perikatan Nasional dan kemudiannya, kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ sekarang) untuk membenarkan pengeluaran (simpanan KWSP) tahun lalu, ramai pencarum akan menghadapi masa depan yang suram,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Kadir, adalah tidak bertanggungjawab, tidak bermoral dan memalukan jika kerajaan memaksa pencarum KWSP menggunakan apa sahaja baki simpanan persaraan mereka dan kemudian mendakwa ia sebagai bantuan kerajaan.

“Dasar itu akan menghantui Malaysia dalam masa terdekat apabila negara beralih daripada status negara yang penduduknya meningkat tua (ageing nation) kepada status negara penduduk tua (aged nation) menjelang 2030,” katanya.

Isu pengeluaran khas i-Citra RM10,000 secara sekali keluar itu terus hangat diperkatakan apabila terdapat beberapa pihak mengasak kerajaan supaya membenarkan pengeluaran tersebut untuk meringankan beban mereka yang terjejas dalam musibah banjir.

Kredit foto : malaysiatopnews.com


Ini khususnya oleh pemimpin Umno seperti presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki serta bekas perdana menteri, Najib Razak.

Terkini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan mencatatkan pendapatan pela­buran kasar RM48.02 bilion un­tuk sem­bilan bulan pertama berakhir 30 September 2021. Ia merupakan peningkatan 7.7 peratus atau RM3.42 bilion berbanding RM44.60 bi­lion yang dicatatkan dalam tem­­poh sama tahun sebelum­nya. - CARI 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_ctrl 12-1-2022 03:11 PM
banyaknya duit akak tu pegang.. duit i citra ke tu..
Quote cikatilia 12-1-2022 03:20 PM
suruh org berhutang lagi hauk
Quote shark 12-1-2022 03:25 PM
tapi fikir logik masuk akal juga apa dia cakap. dah jadi peluru politik pulak..sampai bila nak asyik keluar. kalau bagi lagi, habis nanti desak lagi nak lagi dan lagi.last2 zero akaun...tapi kalau bagi khas untuk mangsa banjir yang terjejas itu ok kot
Quote rikiruj 12-1-2022 03:29 PM
Aku cadang untuk pengeluaran khas ni, bagi lah depa keluar duit tapi portion caruman dari pencarum sahaja, bukan dari portion majikan sebab portion majikan tu kerajaan syaratkan kepada majikan utk kebajikan pekerja.  Kalau dah habis portion depa then takleh lah keluar lagi, portion majikan tu memang utk kebajikan selepas bersara.
Quote nikaido 12-1-2022 04:08 PM
cmf_ctrl replied at 12-1-2022 03:11 PM
banyaknya duit akak tu pegang.. duit i citra ke tu..

Ini mcm gambar amik dr seminar 'keusahawan'. Pegang cium2 duit sambil jerit "jadikan aku kaya! Aku kaya!"
Quote Bedah.Cun 12-1-2022 04:50 PM
Cam bangsat
Quote cmf_premierleag 12-1-2022 04:54 PM
nikaido replied at 12-1-2022 04:08 PM
Ini mcm gambar amik dr seminar 'keusahawan'. Pegang cium2 duit sambil jerit "jadikan aku kaya! Aku ...

"Anda nk kaya? jerit saya nak kayaaaaa dan tepuk tangan 100kali !!!"
"ok lps ni kita semua menari tarian chicken dance dan nyanyi lagu Gemuruh Faizal Tahir dan Standing in the eyes of the world utk naikkan semangat anda semua!!!!!"
- zizang osmang -
Quote pu3_rania 12-1-2022 08:47 PM
Halloooo Kadir
Jangan tahu nak pung pang pung pang macam ayam tercirit
Bermoral dan bermaruah sangat kerrr cekau aset KWSP untuk tujuan kes bail-out!!!
Quote sharlenetexas 12-1-2022 08:48 PM
Rasuah tu ada moral pulak ke?

Quote ultra78 12-1-2022 08:50 PM
Majikan yang bayar gaji tidak setimpal juga tidak bermoral
Quote musangbodoh 12-1-2022 10:17 PM
moral ke x...pi mam...nk jugak
Quote matbad 12-1-2022 11:20 PM
yg cakap tak bermoral ni yg layak buat loan bank, yg ada saving, yg tak terdesak.aku baca utk loan bsn tu 1rumah layak dapat sorg ja. bknnya kerosakkan takat 10k ja. byk bnda nak buat huhu
Quote capiloton 12-1-2022 11:33 PM
tanya orang kaya memang la tak boleh.
try tanya orang yang kena banjir dan kena buang kerja.

bodoh punya wartawan.
Quote puccafan 12-1-2022 11:48 PM
Kan mangsa banjir ada dapat bantuan 1k, takleh ke cross reference supaya diorang ni bole bawak keluar 10k kwsp. Kot risau sangat rakyat dapat duit habis berjoli.

Kurang2 10k mangsa banjir tu bole la nak bermafas, mula hidup baru sementelah banyak harta musnah time banjir.
Quote awenda507 13-1-2022 12:03 AM
Biar la diorg nk kuar duit pun. Ntahkn smpat tua ke tidak dok gebang alasan simpanan hari tua
Quote Vellfire 13-1-2022 01:24 AM
Sesuai ke guna ayat mcm tu hmmm

Bagi jerlah.. lastkan
Semoga dapat membantu yang benar2 terjejas
Quote Simunggu 13-1-2022 02:23 PM
apalah salahnya...bukan mencuri duit org lain
Quote akusukaq 13-1-2022 03:22 PM
Ramai jgk yg nak keluarkan  epf bukan sebab sesak.tp sbb nak labur ke tempat lain.takut silap labur nanti lebur
Quote cmf_PariS 13-1-2022 04:20 PM
bg je la duit org

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.119500 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top