Quebec, Kanada akan melaksanakan cukai baharu kepada penduduk yang tidak mengambil vaksin Covid-19 dalam beberapa minggu akan datang.
Ia akan dilaksanakan dalam bentuk cukai kesihatan di wilayah tersebut yang kini sedang bergelut dengan penularan varian baru virus berkenaan. Kata Ketua Menteri, keputusan itu dibuat kerana golongan yang tidak mendapatkan suntikan vaksin sebenarnya menjadi satu bebanan kewangan untuk semua penduduk di Quebec. Dianggarkan seramai 10 peratus penduduk di Quebec belum mengambil vaksin dan mereka tidak sepatutnya membahayakan kesihatan 90 peratus yang sudah menerima dos vaksin Covid-19.
Bagaimanapun, mereka yang tidak mengambil vaksin atas faktor perubatan akan dikecualikan daripada cukai baharu itu. - CARI |
ADVERTISEMENT