RM20,000 diperlukan untuk menggaji seorang pembantu rumah Indonesia. China Press melaporkan, walaupun bayaran untuk Imigresen diumumkan sebagai RM1,136, tetapi jumlah dijangka jauh lebih tinggi selepas mengambil kita kos ejen dan juga pelbagai langkah pencegahan penyakit.
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia (PIKAP), Fiona Low berkata, RM1,000 lebih yang diumumkan Imigresen hanya merupakan bayaran selepas semua proses terdahulu diselesaikan. Beliau berkata, keadaan itu bermakna pembantu rumah itu sudah sudah tiba di Malaysia dan lengkap menjalani kuarantin serta semua pemeriksaan kesihatan. “Untuk mencari seorang pembantu rumah asing seperti dari Indonesia, ejen adalah amat diperlukan. “Ejen perlu memasuki kampung di kawasan yang jauh untuk mengenal pasti pembantu rumah yang sesuai. Kos ejen dan kos pengangkutan justeru adalah amat diperlukan,” katanya. Menurutnya lagi, pihak ejen juga perlu menyediakan makan minum, penginapan dan latihan selain menguruskan pelbagai hal berkaitan permit dan dokumen. “Disebabkan COVID-19, pembantu rumah juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas ke Malaysia dan selepas tiba di Malaysia, selain dikuarantin. “Dengan harga tiket penerbangan yang melonjak berkali ganda, ini merupakan kos tambahan yang perlu diambil kira. “Semua kos ini bagaimanapun tidak dimasukkan dalam jumlah bayaran yang diumumkan Imigresen,” katanya. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia, Julian Tan Kok Hang berkata, pandemik menyebabkan kos penggajian pembantu rumah meningkat 10 peratus atau kira-kira RM2,000. Menurutnya, kos asal untuk pembantu rumah Filipina adalah RM15,000 dan untuk pembantu rumah Indonesia pula sebanyak RM20,000. Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia, Jeffrey Foo berkata, kerajaan perlu membawa masuk pembantu rumah dari lebih banyak negara termasuk Bangladesh untuk meringankan beban majikan. Katanya, sekiranya pembantu rumah Bangladesh dibawa masuk, kos mereka dijangka paling rendah iaitu di bawah RM10,000. Sumber: MalaysiaGazette
|
Skuau replied at 12-1-2022 04:25 PM
Amik la ACIK2 ROHINGYA tu..oii!....depa tu saudara bangla jugok...dh 'tersedia' kt Langkawi nun...'k ...
Skuau replied at 12-1-2022 04:25 PM
Amik la ACIK2 ROHINGYA tu..oii!....depa tu saudara bangla jugok...dh 'tersedia' kt Langkawi nun...'k ...
lo_la replied at 12-1-2022 04:45 PM
Aiya no. Kang nak ngadap dinding sirih merah pulak
cmf_premierleag replied at 12-1-2022 03:40 PM
Train je la anak memasing buat keje2 rumah
Bukan susah mana pun
krustykrab replied at 12-1-2022 04:50 PM
Kt msia je b40 ada maid
krustykrab replied at 12-1-2022 08:50 AM
Kt msia je b40 ada maid
AbukRokok replied at 12-1-2022 05:17 PM
knp aku rasa negara ni mcm dah parah sgt2
dekmieDandy replied at 12-1-2022 05:29 PM
still terkejut clerck aku ni ada orang gaji jugak
laki dia keja executive la tapinya
Suchi replied at 12-1-2022 04:38 PM
Satgi dia sailang jd mem besar plak, depa tu dah la subur2 yakmat.
Bergesel siku skit dah lekat ta ...
Tp jate melayu tak taste sgt ummah kari dorang suka hat putih2 pink.
ADVERTISEMENT