Kita masih belum memasuki fasa endemik di Malaysia berikutan kes jangkitan masih tinggi, tambahan pula penularan varian Omicron yang berleluasa.
Sekarang, pelbagai cara oleh pihak berkuasa dan saintis untuk mengesan Covid-19 di udara dibangunkan. Nampaknya, kita mungkin ada cara baru untuk mengesan Covid-19 dengan lebih mudah dan cepat. Universiti Yale di Amerika Syarikat dikhabarkan sedang dalam pembikinan menghasilkan lencana yang dipanggil "Fresh Air Clip". Lencana itu dikatakan boleh mengesan kehadiran virus Covid-19 di udara. Saiznya yang kecil boleh diletakkan pada baju si pemakai.
Manakala, permukaan lencana itu ada polydimethylsiloxane (PDMS) yang akan menangkap partikel virus di udara untuk dihantar ke makmal bagi mengesahkan jika pemakai terdedah dengan virus ataupun tidak. Lencana ini masih dalam pembikinan untuk pekerja hospital ataupun kawasan-kawasan yang tertutup seperti panggung wayang ataupun restoran. Bagaimanapun, Fresh Air Clip masih memerlukan masa kerana permukaan PDMS perlu diuji secara manual untuk mengesan Covid-19. Saintis cuba membantu membuat lencana itu mengesan kehadiran virus dalam waktu sebenar seperti lencana yang boleh mengesan radiasi di Chernobyl untuk pengesanan lebih pantas. Diharapkan, Fresh Air Clip boleh mengurangkan kes Covid, sekali gus menamatkan pandemik ini.
Adakah anda percaya lencana ni boleh berfungsi dengan baik? - CARI |
ADVERTISEMENT