Bong Jenn Fonng bingung apabila dirinya tiba-tiba diterima sebagai ahli Ikatan Demokratik Malaysia atau MUDA tanpa membuat sebarang permohonan.
Penganalis isu semasa itu menyuarakan rasa kecewa dengan keadaan itu berharap Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi penjelasan munasabah. Ketika dihubungi Sinchew Daily, Jenn Foong berkata, ketika menyemak emel pada 10 Januari lalu, beliau mendapati terdapat kiriman pada Sabtu yang memaklumkan bahawa dirinya diterima sebagai ahli parti MUDA. “Saya berasa pelik dengan keadaan ini kerana saya tidak pernah mengisi borang permohonan menjadi ahli sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, MUDA juga tidak menghubunginya untuk menjelaskan perkara yang membingungkan itu. “Saya rasa mereka perlu memberi penjelasan dan saya tidak tahu sama ada terdapat lebih ramai orang yang menjadi ahli tanpa memohon,” katanya. Tambahnya, adalah hipokrit jika MUDA menyeru politik baharu, tetapi tidak mampu menguruskan isu permohonan dan kemasukan parti dengan baik. Sementara itu, Syed Saddiq dilaporkan berkata, kejadian kemasukan parti tanpa memohon mungkin disebabkan terdapat pihak ketiga yang mengisi borang permohonan. Katanya, orang ramai yang berdepan situasi itu boleh menghantar emel dan menyatakan diri sebagai bukan ahli untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Sumber: MalaysiaGazette
|
KamikuP replied at 13-1-2022 02:56 PM
MCmmana pulak PIDM jadi MUDA pulak? Bukan PIDM yg simpan duit ada insuran ats duit itu kan kah?
ADVERTISEMENT