Biarpun tidak menduduki tangga teratas dalam konsert suku akhir Gegar Vaganza 8 (GV8), namun persembahan penyanyi Aliff Aziz mendendangkan lagu asal Nastia berjudul Rapuh mendapat pujian ramai.
Bertemakan runut bunyi drama, filem atau loghat negeri, persembahan Aliff yang mendapat markah 76.80% di belakang Suki Low berjaya membuatkan Hetty Koes Endang yang juga salah seorang juri tetap program realiti itu bangun memberikan tepukan gemuruh kepadanya. Malah, lensa kamera juga berjaya merakamkan wajah juri, Datuk Ramli MS seolah-olah kelihatan sebak dan menghayati nyanyian tersebut sekaligus mencuri perhatian warganet.
Menurut Aliff, dia terharu dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepadanya selama ini. Kongsinya lagi, lagu tersebut disifatkan sebagai begitu bermakna terutama menceritakan perjalanan seninya selama ini. “Sebagai seorang penyanyi yang selalu kena cari apa yang perlu diperbaki, saya akan tetap analisa kembali persembahan-persembahan sebelum ini. Lagu ini penuh dengan emosi, bila saya baca liriknya ia begitu bermakna kepada tunjang belakang saya, iaitu isteri, anak-anak, ibu, ayah dan keluarga yang ada dengan saya sewaktu awal hingga sekarang. “Jadi masa persembahan, saya berikan segala emosi dan saya berharap semua orang akan turut merasainya dan terhibur,” katanya kepada Murai.my Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf sekiranya persembahannya itu telah membuatkan segelintir peminat berasa emosi. Dedahnya lagi, sebelum memulakan persembahan dia telah berdoa agar persembahannya dipermudahkan sebaik-baiknya. “Saya minta maaf dan hilang kata-kata sekiranya persembahan itu telah membuatkan anda sedih. Sebelum menaiki pentas, saya berdoa ‘ Ya Allah, tidak ada daya upaya melainkan dengan izin Kau, maka izinkanlah aku buat yang terbaik’. Kalau betul Tok Ram ada berasa begitu(sebak), Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan menghargainya,” katanya. Sumber: Murai
|
Orix replied at 12-1-2022 06:22 PM
iols je ke rasa hady mirza bertiang lg nsem dari aliff ni ? n suara hady mirza pun bertiang lg sedap ...
Orix replied at 12-1-2022 06:22 PM
iols je ke rasa hady mirza bertiang lg nsem dari aliff ni ? n suara hady mirza pun bertiang lg sedap ...
chinchan78 replied at 12-1-2022 06:42 PM
Bab suara x iolss x leh komen tp bab rupa n body aliff lebih ok drpd hady
September14 replied at 12-1-2022 06:26 PM
Mata iol tgk alif lg ensem n ada aura
zamzam replied at 13-1-2022 07:36 AM
Betul. Aku tak pernah minat aliff sebelum ni. Tp lepas tgk 2nd week eh boleh pulak tersuka dan ter ...
Orix replied at 12-1-2022 06:22 PM
iols je ke rasa hady mirza bertiang lg nsem dari aliff ni ? n suara hady mirza pun bertiang lg sedap ...
zamzam replied at 13-1-2022 07:36 AM
Betul. Aku tak pernah minat aliff sebelum ni. Tp lepas tgk 2nd week eh boleh pulak tersuka dan ter ...
Orix replied at 12-1-2022 06:22 PM
iols je ke rasa hady mirza bertiang lg nsem dari aliff ni ? n suara hady mirza pun bertiang lg sedap ...
Orix replied at 12-1-2022 10:22 AM
iols je ke rasa hady mirza bertiang lg nsem dari aliff ni ? n suara hady mirza pun bertiang lg sedap ...
ADVERTISEMENT